Student For Society
S4S merupakan satu program di bawah agenda pemerkasaan mahasiswa oleh Kementerian Pendidikan Tinggi yang memfokuskan kepada pembangunan komuniti. S4S ini adalah kaedah pembelajaran berasaskan perkhidmatan kepada komuniti bagi memberi pengalaman yang progresif berasaskan enam Teras Pembangunan Komuniti iaitu:
Khidmat Sosial
Pengurusan Kemanusiaan
Pendidikan Berkualiti
Kesihatan dan Kesejahteraan
Kelestarian Alam Sekitar
Advokasi dan Kepimpinan
Setiap teras ini selaras dengan Sustainable Development Goals (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menggalakkan mahasiswa untuk menerapkan ilmu akademik mereka bagi menangani cabaran masyarakat serta menanam semangat keprihatinan sosial.