![]()
PERKIM USM ‘TURUN PADANG’ SANTUNI PENDUDUK PULAU AMAN
USM, PULAU PINANG, 6 April 2026 – Di sebalik ketenangan air laut yang mengelilingi Kampung Pulau Aman, tersimpul satu ikatan murni apabila 27 mahasiswa daripada Sekretariat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Universiti Sains Malaysia hadir membawa misi kemanusiaan menerusi program Perkim Tours: Jelajah Kawasan Luar Bandar, baru-baru ini.
Selain itu, Antara aktiviti utama yang menjadi nadi program termasuklah, gotong-royong perdana membersihkan kawasan masjid dan tanah perkuburan bagi memastikan keselesaan kariah, sesi santuni masyarakat iaitu Ziarah dari rumah ke rumah bagi mengeratkan silaturahim antara mahasiswa dan warga emas serta penduduk kampung dan jelajah warisan, menyelusuri keunikan dan sejarah perkampungan Pulau Aman untuk memahami budaya tempatan dengan lebih mendalam.
Pengarah Program, Siti Masyitah Abdul Halim, meluahkan rasa syukur atas kelancaran inisiatif ini. Menurutnya, pengalaman di lapangan adalah "guru" terbaik dalam membentuk jati diri pelajar.
"Kami mahu membentuk mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga mempunyai jiwa masyarakat yang tinggi. Program ini mengajar kami erti tanggungjawab dan kepekaan terhadap mereka yang memerlukan," katanya.
Langkah kecil di Pulau Aman ini membuktikan bahawa mahasiswa USM sentiasa bersedia menjadi agen perubahan mengimbangi kecemerlangan menara gading dengan bakti yang membumi. Semoga semangat ini terus membara demi kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sekitar pada masa hadapan.
Teks/foto: Sekretariat Pertubuhan
Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
Suntingan: Unit Media dan Penerbitan BHEPA