Dari Sudut Media
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sains Malaysia
Sidang Akademik 2025/2026
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) adalah sebuah badan kepimpinan pelajar yang berperanan sebagai saluran komunikasi antara pelajar dengan pihak pengurusan universiti. MPP USM berfungsi untuk mewakili suara dan aspirasi pelajar, serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka terpelihara sepanjang tempoh pengajian di universiti. MPP juga memainkan peranan penting dalam menguruskan aktiviti-aktiviti pelajar, program-program pembangunan, dan memperjuangkan hak-hak pelajar dalam konteks akademik dan ko-kurikulum.
Sebagai sebuah badan yang dipilih oleh pelajar, MPP USM berusaha untuk memastikan pelajar mempunyai platform untuk bersuara, berbincang, dan terlibat dalam proses pembuatan keputusan yang melibatkan mereka. Selain itu, MPP turut berperanan dalam menganjurkan pelbagai program yang dapat mengembangkan potensi pelajar dari segi kepimpinan, kemahiran insaniah, dan pembangunan peribadi.
Kepimpinan utama MPP USM merangkumi Yang Di-Pertua, Naib Yang Di-Pertua, Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat manakala lantikan selain Majlis Tertinggi utama ini dilaksanakan atas persefahaman dan persefakatan bersama Ahli MPP. Lantikan MPP USM adalah selama satu sidang akademik USM.
PARLIMEN MAHASISWA JENAMA TERKINI DEWAN PERUNDINGAN PELAJAR USM
Dewan Perundingan Pelajar USM yang digunakan sebelum ini, dijenamakan semula sebagai Parlimen Mahasiswa USM setelah diluluskan oleh Lembaga Gabenor Universiti pada 18 Disember 2024.
Sebanyak 20 usul dibahas pada siri pertama dengan penglibatan seramai 46 Ahli Majlis Perwakilan Pelajar termasuk 1 tambahan kerusi baharu wakil Pelajar Kurang Upaya (PKU), 46 Ahli Badan Pelajar serta 44 Pemerhati dan Ahli Jawatankuasa Khas Usul.
Naib Canselor turut melancarkan Buku Panduan ‘Standing Order’ Parlimen Mahasiswa yang baharu pada 11 Januari 2025.
Sokong Agenda Kelestarian, MPP Pusat Pengajian Sains Komputer USM Bangunkan Platform ‘Where’s My Water’
Money Talks: 180 Mahasiswa USM Perkasa Literasi Kewangan dan Integriti Organisasi
MPP USM perkukuh suara mahasiswa dalam Makmal Keterangkuman dan Kesejahteraan Mahasiswa
Dua pelajar China dilantik Sekretariat MPP USM: Perkasa agenda pengantarabangsaan kampus
TNC HEPA turun padang di dewan peperiksaan, pastikan kebajikan mahasiswa terpelihara
Kepimpinan Proaktif dan Berimpak Tinggi : Sekretariat MPP 2025/2026 sedia galas amanah
PAUTAN PANTAS - MPP USM
-
MPP Media
Inspirasi Varsiti 2025
-
Kalender Akademik
Kalender Akademik 2025/2026
Jadual Pusat-Pusat Pengajian bagi Semester 2 2025/2026
-
Pencalonan MPP USM
Muat Turun
Sila klik disini MPPUSM
-
Borang
Borang E-Aduan MPP 2025/2026
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScfV5WLsN-CjSUBzVchox0vFZ4VDOSSrMigYGTlT37m94WvMQ/viewform
-
Bantuan/Sumbangan
Talian Kecemasan USM
https://security.usm.my/index.php/hubungi-kami
Permohonan Bantuan BHEPA (Khairat Kematian/Bantuan Kewangan/Penyelenggaraan Peranti/Masalah Kesihatan/Yuran)
https://drive.google.com/drive/folders/1FrKruh44rK9NTQ6g9_g6QwKjRS6yrKGP
Cara Lapor Masalah WIFI/Portal e-Learning
-
Gerak Kerja MPP
-
Media Sosial MPP
-
Lain-lain Khidmat MPP
Semua Borang bagi permohonan pelaksanaan program
https://drive.google.com/drive/folders/14S9-leDwm_oP_O0-_MjB6DUHK-_V7d9T
Buku Panduan Siswa Baharu 2024/2025
https://drive.google.com/file/d/1a_xcD1ZTdzRcRtFac2QbbDSokn_QO3nZ/view