Komponen Generik MyCSD | Kesukarelawanan
10 Sukarelawan USM Gembleng Tenaga Bantu Komuniti Kampung Kota Aur Menerusi Misi Bakti Kedah
Oleh : Sekretariat Sukarelawan Universiti Sains Malaysia
Suntingan : Unit Media dan Penerbitan BHEPA
PULAU PINANG, 13 November 2026 – Menggabungkan tenaga bersama puluhan mahasiswa daripada enam institusi lain, seramai 10 sukarelawan Sekretariat Sukarelawan Universiti Sains Malaysia (SUKASS) berjaya mencetuskan impak sosial positif buat komuniti Kampung Kota Aur, Kedah menerusi Program Pejuang Jalanan 3.0: Misi Bakti Kedah baru-baru ini.
Dalam misi empat hari bermula 6 hingga 9 November lalu itu, para peserta berganding bahu bersama komuniti setempat menjayakan pelbagai aktiviti berimpak tinggi termasuk menyalurkan sumbangan barangan keperluan asas kepada 25 keluarga asnaf serta membaik pulih dan mengecat semula Tugu Peringatan Korban Bakti di Bukit Gubir sebagai tanda penghormatan sejarah.
Selain itu, para sukarelawan turut memeriahkan program menerusi penganjuran sukan rakyat, aktiviti rewang, gotong-royong membersihkan kawasan masjid serta lawatan sambil belajar ke tapak penanaman padi organik.
Perjalanan mereka bermula sejak Januari 2026 menerusi pelbagai fasa pembangunan sistem yang mencabar, meliputi peringkat reka bentuk, pembinaan, pengujian, hingga penambahbaikan teknikal. Sepanjang tempoh tersebut, mereka konsisten melalui proses pembelajaran berterusan, penyelesaian masalah yang kompleks, serta pengukuhan semangat kerja berpasukan.
Kejayaan menduduki tangga ketujuh keseluruhan ini mencerminkan keupayaan pelajar USM mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran kejuruteraan aeroangkasa secara praktikal dalam situasi persaingan bertaraf global.
Menurut wakil pasukan, pencapaian ini membuktikan bahawa dengan penguasaan digital, pemikiran kritis, dan kebolehsuaian yang tinggi, bakat muda negara mampu bersaing di pentas dunia.
Pasukan ASTRAL turut memanfaatkan elemen kerjasama, kepimpinan, serta kepakaran dalam teknologi dan bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) untuk cemerlang dalam kategori masing-masing.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Prof. Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya serta seluruh warga kampus mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan ASTRAL.
“Kejayaan di Aksaray ini sekali gus menjadi pemangkin kepada USM untuk terus memperkasa pendidikan berasaskan pengalaman, di samping mendedahkan pelajar kepada perkembangan mutakhir teknologi aeroangkasa dan sistem satelit antarabangsa,” ujarnya lagi.
TEKNOFEST diiktiraf sebagai festival teknologi dan inovasi antarabangsa yang menghimpunkan pencipta muda bagi mengetengahkan idea kreatif serta kemahiran teknikal yang tinggi.