TPL_YOOTHEME_SKIP_TO_MAIN_CONTENT
Komponen Generik MyCSD | Kesukarelawanan

MADANI Berkhidmat : Misi Sukarelawan Siswa YSS Terapkan Nilai Kemanusiaan dalam Diri Siswa USM

Oleh : NirMaryadi Rashid, Unit Media dan Penerbitan BHEPA

PULAU PINANG, 25 Ogos 2026 – Tahniah diucapkan kepada Muhammad Azfaruddin Tajudin, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, atas penyertaan beliau dalam Green Summer Volunteer Campaign (GSVC) Vietnam 2026 anjuran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

Program yang berlangsung dari 18 Julai hingga 21 Ogos 2026 itu memberi peluang kepada mahasiswa untuk melaksanakan khidmat masyarakat serta terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti pembangunan komuniti di Kim Long Commune, Vietnam.

Sepanjang misi sukarelawan tersebut, Azfaruddin bersama peserta lain turut bekerjasama dengan Youth Union Ho Chi Minh City, Youth Union Kim Long Commune, University of Economics and Law (UEL) serta University of Social Sciences and Humanities (USSH) dalam menjayakan pelbagai aktiviti bersama komuniti setempat.

YSS Vietnam 25082026 3

YSS Vietnam 25082026 4

Penglibatan dalam misi ini bukan sahaja membuka ruang kepada mahasiswa untuk menyumbang kepada masyarakat, malah turut memperkukuh kemahiran kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah serta keupayaan menyesuaikan diri dalam persekitaran budaya yang berbeza.

Sokongan dan keterlibatan komuniti setempat turut menjadi pengalaman bermakna apabila interaksi bersama masyarakat Vietnam membuka ruang kepada peserta untuk memahami kepelbagaian budaya, membina hubungan rentas negara serta menghayati nilai kemanusiaan dan kesukarelawanan.

Pengalaman tersebut selari dengan aspirasi Students for Society (S4S) dalam memperkasakan mahasiswa sebagai individu yang bukan sahaja berilmu, malah memiliki kesedaran sosial serta keupayaan untuk menyumbang secara bermakna kepada masyarakat.

Sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 17: Kerjasama demi Matlamat, misi ini membuktikan bahawa semangat kesukarelawanan mampu merentas sempadan apabila mahasiswa, institusi pendidikan, organisasi belia dan komuniti bersatu membina jambatan kemanusiaan, sekali gus memperkasa siswa sebagai generasi pemimpin yang berjiwa masyarakat dan mampu mencetuskan perubahan bermakna di peringkat tempatan mahupun global.