Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni diwujudkan sebagai perantaraan bagi menguruskan dan melincinkan aktiviti pelajar seperti urusan kediaman, bantuan kebajikan, kaunseling dan kerjaya, aktiviti kokurikulum, pembangunan bakat pelajar berteraskan H.E.B.A.T. dalam memacu agenda pemerkasaan mahasiswa/i.
Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan kelancaran program anjuran BHEPA dan pelajar yang bertindak sebagai ejen pengubah untuk membolehkan potensi mahasiswa/i digembeleng dan diperkasa dalam merancang dan melaksanakan program yang berimpak tinggi agar mahasiswa/i mampu bergerak sendiri dan berdikari dengan sokongan dan penyeliaan paling minimum serta bersesuaian dengan situasi semasa dan komuniti setempat selari dengan aspirasi universiti yang membawa slogan KAMI MEMIMPIN.
Jumlah graduan tahun 2023
Kampus Induk, Kejuruteraan & Kesihatan
Universiti Sains Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang ketidaktepatan, kesilapan atau salah faham yang timbul daripada penggunaan Google Translator. Pengguna digalakkan untuk mendekati terjemahan dengan kesedaran dan pertimbangan terhadap batasan teknologi terjemahan mesin. Maklumat yang diterbitkan dalam versi Bahasa Melayu akan digunakan sekiranya terdapat percanggahan.
Universiti Sains Malaysia © 2024
Dibangunkan oleh PPKT@USM