Skip to main content

UNIT KEBAJIKAN, PINJAMAN, BIASISWA & ANUGERAH - OKU & SISWA SULUNG

Universiti Sains Malaysia sentiasa berusaha untuk memastikan kelestarian pendidikan dan sentiasa mempertimbangkan perkara yang terbaik dalam memastikan semua pelajar menerima kualiti pengajaran yang terbaik dari USM di samping meletakkan keselamatan dan kebajikan pelajar sebagai keutamaan.

Misi Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) Universiti Sains Malaysia adalah mewujudkan satu ekosistem yang kondusif dalam memberi perkhidmatan, kebajikan dan pembangunan siswa untuk memperkasa bakat berlandaskan nilai teras APEX ke arah melahirkan pemimpin masa hadapan yang berfikiran global.

Fokus utama BHEPA adalah memberikan perkhidmatan kebajikan yang ‘mesra pelajar’ seperti membantu mereka mencapai perkembangan dari segi fizikal, mental, tingkah laku dan psikologi serta sentiasa bertanggungjawab menjaga kebajikan pelajar dari segi kewangan, sokongan moral, dan mengangkat rasa yakin diri di kalangan pelajar seiring hasrat Naib Canselor USM, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Bin Mohamed untuk sentiasa cakna dan prihatin kepada pelajar USM terutamanya pelajar kategori B40 dan OKU.

Malah mampu melahirkan graduan yang bersahsiah murni, berpesonaliti unggul dan mempunyai daya juang yang tinggi melalui proses pembangunan insan yang berkualiti dan perkhidmatan yang cemerlang serta penyediaan prasarana yang kondusif dalam memastikan pelajar dapat menjalani hidup yang sejahtera.