Komponen Generik MyCSD : Sukan
Majlis Anugerah Sukan USM Ke-45 Julang Integriti, Sahsiah dan Semangat Kesukanan Warga Kampus
Oleh : NirMaryadi Rashid, Unit Media dan Penerbitan BHEPA



USM, PULAU PINANG, 17 Jun 2026 :- Majlis Anugerah Sukan USM Ke-45 bukan sahaja meraikan kejayaan dan keringat para atlet, malah ia merupakan satu manifestasi dalam membentuk sahsiah serta semangat kesukanan yang tinggi dalam warga Universiti Sains Malaysia.
Melalui kecemerlangan, kerjasama dan semangat juang yang terus berkembang dalam kalangan komuniti sukan USM, majlis ini merupakan simbol penghargaan dan pengiktirafan tertinggi universiti kepada para pelajar atlet, jurulatih dan ketua pasukan, yang telah mencurahkan komitmen, tenaga dan pengorbanan dalam mengharumkan nama universiti sepanjang Sidang Akademik 2025/2026.
Malam penuh gemilang bagi meraikan hampir 150 atlet sukan USM bertempat di G Hotel, Persiaran Gurney Pulau Pinang semalam ialah Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor USM dan turut dihadiri bersama Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni USM, Profesor Dr. Hairul Anwar Hashim, Pengarah Pusat Sukan dan Reakrasi USM, pengurusan tertinggi USM dan tetamu jemputan lain.
Abdul Rahman berkata, setiap pencapaian yang diraih di peringkat kebangsaan dan antarabangsa membuktikan bahawa bakat sukan USM mampu bersaing diperingkat tertinggi.
“USM bukan sahaja berperanan sebagai institusi pendidikan tinggi yang melahirkan graduan berkualiti, malah turut memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan berprestasi tinggi di peringkat universiti dan negara”, tambahnya lagi.
Menurut Hairul pula, dalam kita meraikan kejayaan dan kecemerlangan pada malam yang penuh bermakna ini, saya ingin menyeru bakat sukan USM, khususnya para pelajar atlet, agar terus menjadikan integriti, disiplin, dan semangat kesukanan sebagai teras dalam setiap tindakan dan keputusan.
Sebanyak 10 kategori anugerah utama, tiga kategori sijil (Ketua Pasukan, Jurulatih dan Perkhidmatan Cemerlang), Anugerah Separuh Warna dan Anugerah Warna Penuh telah disampaikan sebagai tanda pengiktirafan kepada atlet serta staf.
Penghargaan ini turut diberikan kepada pemimpin-pemimpin sukan dalam kalangan pelajar dan staf USM atas sokongan berterusan mereka terhadap pasukan universiti.
Senarai penuh penerima anugerah utama Sidang Akademik 2025/2026 :
1. Anugerah Pasukan Terbaik Wanita 6 orang dan ke bawah : Bola Tampar Pantai
2. Anugerah Pasukan Terbaik Lelaki 6 orang dan ke bawah : Bola Keranjang
3. Anugerah Pasukan Terbaik Wanita Kategori 7 orang dan ke atas : Bola Jaring
4. Anugerah Pasukan Terbaik Lelaki Kategori 7 orang dan ke atas : Hoki
5. Anugerah Sanjungan Budi : Profesor Dr. Andrew Tan Khee Guan
6. Bintang Harapan Lelaki : Neo Jun Jen - Bola Keranjang
7. Bintang Harapan Wanita : Pritiswary A/P Muniswaran - Memanah
8. Olahragawan USM : Amir Daniel Abdul Majeed - Judo
9. Olahragawati USM : Noor Aishah Iskandar - Bola Tampar Pantai
10. Anugerah Warna Ungu : Shanggamithara A/P Parameswaran - Floorball
Berita berkaitan
-
Pelajar USM Lakar Sejarah, Hadiahkan Emas Pertama Negara Dalam Judo Pada Temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 -
SUKJAP 4 Penjuru USM 2026 : Kampus Kesihatan Dinobat Juara, Perkukuh Semangat Kebersamaan -
Temasya Olahraga Tahunan USM Kali Ke-49 Labuh Tirai Dengan Semangat Inklusif -
Bukan Sekadar Kemenangan, SUKAD Fasa 2 Jadi Medan Pupuk Atribut H.E.B.A.T. Mahasiswa -
Mesut Özil Meriahkan Stadium USM : 500 Peminat Rai Detik Bersejarah Bersama Bekas Bintang Bolasepak





