Skip to main content

BHEPA SANTUNI WARIS PELAJAR RPJJ : KEHILANGAN MEREKA DIRASAI, KEBAJIKAN TETAP DIJAGA

USM PULAU PINANG, 1 April 2026 – Salam takziah diucapakan kepada kepada keluarga dua pelajar Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) yang telah meninggal dunia dalam insiden berasingan pada 14 Mac 2026 dan 26 Mac 2026 yang lalu.

Hadir bagi menyantuni keluarga arwah serta menyerahkan sumbangan khairat kematian ialah Encik Shukeri A. Rahaman, Timbalan Pendaftar Kanan BHEPA bersama Puan Siti Meszaida Mohd Ehsan, Ketua Unit Kebajikan Pelajar BHEPA.

Allahyarhamah Nur Rafissah Fadzil, pelajar Tahun 3 RPJJ dalam bidang Pengurusan, merupakan anak kedua daripada empat beradik dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Keladi, Sungai Lembu pada 14 Mac 2026.

Sementara itu, Allahyarham Syahrul Hafiez, pelajar Tahun 1 RPJJ dalam bidang Sains Kemasyarakatan, meninggal dunia susulan kemalangan pada 26 Mac 2026 di sebuah lebuh raya selepas dipercayai hilang kawalan akibat keletihan. Allahyarham meninggalkan seorang balu yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit serta tiga orang anak lelaki berusia 10 tahun, tujuh tahun dan enam tahun.

Seluruh warga Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni USM mendoakan agar roh kedua-dua Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Para pelajar juga diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri walau di mana jua berada.

Foto/teks: Unit Kebajikan, Pinjaman, 
Biasiswa & Anugerah - OKU & Siswa Sulung BHEPA
Suntingan: Unit Media dan Penerbitan BHEPA

Rangkuman program dan aktiviti yang telah dijalankan oleh warga kerja dan pelajar Universiti Sains Malaysia.