TPL_YOOTHEME_SKIP_TO_MAIN_CONTENT
Komponen Generik MyCSD | Kepimpinan

Pelajar USM Antara Dinobat Peserta Terbaik Jambori Kepimpinan Siswa IPT 2026

Oleh : Hafiz Meah Ghouse Meah, Sektor Latihan, Kepimpinan dan Kesukarelawanan, Pusat Pembangunan Pelajar BHEPA
Foto : Peserta Jambori Kepimpinan Siswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2026
LUMUT, 15 September 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi mencatat pencapaian membanggakan apabila salah seorang wakilnya, Anis Sophia Alpian  dinobatkan sebagai antara Peserta Terbaik Jambori Kepimpinan Siswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2026.

Anugerah berprestij tersebut disampaikan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato,' Seri Diraja Dr. Zambry And Kadir dan disaksikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman sekali gus menjadi pengiktirafan terhadap potensi, kepimpinan dan komitmen mahasiswa USM sepanjang berlangsungnya program berkenaan.
Jambori Kepimpinan Siswa IPT 2026 berlangsung pada 12 hingga 15 September 2026 bertempat di Campsite Teluk Batik, Lumut, Perak, menghimpunkan seramai 252 peserta daripada Universiti Awam di Semenanjung Malaysia. USM menghantar seramai 9 orang wakil pelajar menyertai program ini.

Program ini menjadi medan penting dalam memperkukuh karakter kepimpinan mahasiswa, membina jati diri dan kemahiran insaniah, di samping membuka ruang jaringan strategik antara mahasiswa daripada pelbagai universiti.

Kejayaan Anis yang merupakan pelajar tahun 2 Pusat Pengajian Komunikasi dan 8 lagi pelajar USM turut membuktikan keupayaan mahasiswa USM untuk  terus menyerlahkan diri dan bersaing dalam program kepimpinan di peringkat kebangsaan.

Pencapaian ini juga diharapkan menjadi inspirasi kepada mahasiswa USM yang lain untuk terus berani mencabar kemampuan diri, memimpin dengan nilai serta membawa nama universiti ke tahap yang lebih tinggi.