TPL_YOOTHEME_SKIP_TO_MAIN_CONTENT
Kepimpinan

TNC HEPA Tinjau Keadaan Semasa Desasiswa Sebelum Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sidang Akademik 2026/2027

Oleh : NirMaryadi Rashid, Unit Media dan Penerbitan BHEPA

USM, PULAU PINANG, 8 September 2026 :- Prof. Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni telah membuat lawatan di beberapa desasiswa di kampus induk bagi meninjau keadaan semasa, tahap kesiapsiagaan lokasi pendaftaran, serta kemudahan asas sebelum hari pendaftaran pelajar baharu sidang akademik 2026/2027 yang akan bermula pada 12 September 2026 nanti

Bagi memastikan aspek keselamatan, kebersihan, dan kelengkapan fizikal berada di tahap optimum, lawatan Prof. Dr. Wan Ahmad Jaafar turut dihadiri bersama oleh Dr. Abdul Rais Abdul Latif, Pengerusi Majlis Pengawa USM, Puan Siti Aishah Abdul Raffar, Ketua Pentadbiran BHEPA USM dan penggawa desasiswa.
“Pastikan semuanya berada dalam keadaan bersih, jaga aspek keselamatan ibu bapa dan semua pelajar serta baiki semua peralatan yang rosak,” ujarnya ketika mengadakan sesi lawatan di Desasiswa Restu, Saujana, Tekun dan Aman Damai.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang membantu. Semoga perjalanan proses pendaftaran pelajar baharu berjalan dengan baik.