TPL_YOOTHEME_SKIP_TO_MAIN_CONTENT

G1

MP PETAS Perluas Impak Foodbank Siswa PETAS Demi Kebajikan Mahasiswa

Oleh : Nur Balqis Izzati Binti Sanusi, Foto : Majlis Perwakilan Pelajar Tanpa Asrama (MPPETAS)
Suntingan : Unit Media dan Penerbitan BHEPA
USM PULAU PINANG 3 Julai 2026 – Keprihatinan terhadap kebajikan mahasiswa terus menjadi agenda utama apabila Majlis Perwakilan Pelajar Tanpa Asrama (MPPETAS) Universiti Sains Malaysia telah membuka reruai Foodbank Siswa PETAS bersempena Karnival Keusahawanan dan Kelestarian USM yang berlangsung di Foyer Dewan Kuliah G03, baru-baru ini.

Penyertaan MPPETAS dalam karnival ini diadakan bertujuan memperkenalkan inisiatif Foodbank Siswa PETAS kepada warga kampus, di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan budaya keprihatinan dan saling membantu dalam kalangan mahasiswa.

Melalui inisiatif Foodbank Siswa PETAS, pelbagai barangan makanan dan keperluan asas seperti beras, mi kering, minyak masak serta barangan keperluan harian lain diagihkan kepada pelajar tanpa asrama yang memerlukan, sekali gus membantu meringankan beban kos sara hidup serta memperkukuh agenda kebajikan mahasiswa di kampus.

Yang Dipertua MPPETAS, Saudari Adibatul berkata, penyertaan dalam karnival ini membuka ruang kepada pihaknya untuk mendekati lebih ramai warga kampus, di samping memperluaskan hebahan mengenai inisiatif Foodbank Siswa PETAS serta menggalakkan lebih ramai pihak berganding bahu dalam menyokong kebajikan dan kesejahteraan pelajar tanpa asrama.

Penganjuran inisiatif ini mencerminkan komitmen MPPETAS dalam merealisasikan  SDG 1: Tiada Kemiskinan melalui usaha meringankan beban kos sara hidup pelajar tanpa asrama serta memperluaskan impak Foodbank Siswa PETAS dalam membudayakan keprihatinan, memperkukuh semangat kebersamaan serta memacu kesejahteraan mahasiswa secara mampan.