TPL_YOOTHEME_SKIP_TO_MAIN_CONTENT
Komponen Generik MyCSD | Debat dan Pidato

SEMPANA USM Juara Pesta Pantun Negeri Pulau Pinang 2026

Oleh : Muhammad Syawwal bin Radzi, SEMPANA USM Suntingan : Unit Media dan Penerbitan BHEPA

JKKN, Pulau Pinang, 18 Ogos 2026 : PESANTUN Pulau Pinang 2026 anjuran JKKN Pulau Pinang telah mempertemukan sebanyak 14 pasukan yang terdiri dari pelbagai lapisan umur dan latar belakang yang mengambil bahagian untuk merebut gelaran Juara PESANTUN Pulau Pinang 2026.

Buat julung kalinya, Pasukan Sempana USM menghantar dua pasukan berentap di Pesta Pantun Negeri (PESANTUN) Pulau Pinang Anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang. Pasukan tersebut diwakili oleh :

PAMOR SEMPANA
1. Syawwal Radzi (Pemantun 1) - Pusat Pengajian Sains Fizik
2. Aiman Farhan (Pemantun 2) - Pusat Pengajian Teknologi Industri
3. Amirul Zikri (Pemantun 3) - Pusat PengajianTeknologi Industri
4. Aiqim Bukhari (Pemantun 4) - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
ARING SEMPANA
Asmah Nurhanis (Pemantun 1) - Pusat Pengajian Pengurusan
Ain Zulaika (Pemantun 2) - Pusat Pengajian Komunikasi
Danial Tan Jun Sheng (Pemantun 3) - Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Ainul Huda (Pemantun 4) - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Setelah melalui peringkat saringan dengan pelbagai tema yang menarik bagi menguji kebijaksanaan pemantun seperti budi bahasa, warisan dan jenaka, pasukan ARING SEMPANA USM telah berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Manakala pasukan PAMOR SEMPANA USM berjaya melangkah ke Pentas Akhir PESANTUN Pulau Pinang 2026 sebagai penjual menentang pasukan Lentera Irama (IPG KSAH) sebagai pembeli dengan bertemakan Kebudayan & Kesenian Pulau Pinang di Auditorium P. Ramlee, JKKN Pulau Pinang.

Pentas akhir ini telah mempersembah pertembungan hebat dan menyaksikan PAMOR SEMPANA USM dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan PESANTUN Pulau Pinang 2026 dengan membawa pulang wang tunai RM2000.

Lebih membanggakan lagi, Muhammad Syawwal bin Radzi dari PAMOR SEMPANA USM telah dianugerahkan sebagai Pemantun Terbaik PESANTUN Pulau Pinang 2026 dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM100.

SEMPANA USM di bawah bimbingan Encik Murshid bin Md Hussin dan Encik Muhamad Shamsuri (alumni) serta Puan Syuhaira Afiah (alumni) selaku pemantau pasukan telah berjaya menempa nama buat USM di gelanggang Pesta Pantun Negeri Pulau Pinang 2026.