TPL_YOOTHEME_SKIP_TO_MAIN_CONTENT
Kebajikan

Pelajar Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Terselamat, BHEPA USM Turut Padang Ziarah Mangsa Kemalangan

Oleh : NirMaryadi Rashid, Unit Media dan Penerbitan BHEPA
Foto : Unit Kebajikan, Pinjaman, Biasiswa & Anugerah - Oku & Siswa Sulung
BAGAN SERAI, 10 November 2026 :- Saya tidak menyedari kenderaan di hadapan telah berhenti, menyebabkan pelanggaran dari arah belakang yang mencetuskan impak kuat sehingga membabitkan tiga buah kenderaan lain.

Demikian ujar Ainur Wahyuni binti Aidil Azhani, pelajar tahun tiga dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan ketika menceritakan kejadian kemalangan yang dihadapinya kepada Puan Siti Meszaida Mohd Ehsan, Ketua Unit Kebajikan Pelajar BHEPA.
Kejadian yang berlaku pada 1 November 2026 sewaktu dalam perjalanan dari Batu Uban menghala ke arah Georgetown itu menyebabkan saya terpaksa dikejarkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Pulau Pinang dengan kadar segera bagi menerima rawatan lanjut serta ujian perubatan lain termasuk imbasan CT otak dan pemeriksaan sinar-X (X-ray) bagi menilai tahap kecederaan yang dialami.

“Ekoran insiden berkenaan, saya disahkan mengalami kecederaan tisu lembut di bahagian bahu, pelvis dan lutut kiri, serta luka geseran kulit akibat impak kemalangan di atas permukaan jalan,” ujarnya lagi.

Selepas disahkan berada dalam keadaan stabil dan selesai menerima rawatan, Ainur Wahyuni kini diberikan cuti rehat di kediamannya di Taman Serai Sentosa, Bagan Serai, Perak.

Atas makluman yang diterima, wakil staf Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni Universiti Sains Malaysia tampil menghulurkan bantuan kebajikan dan keprihatinan bagi memberi sokongan emosi serta meringankan beban yang dihadapi oleh Ainur.

Antara sumbangan prihatin yang disalurkan berupa sumbangan tunai, buah tangan, Borang Bantuan Kebajikan BHEPA, Borang Bantuan Yayasan Perkasa Siswa, Kementerian Pendidikan Tinggi (YPS KPT) dan Borang Permohonan Insurans Pelajar.