TPL_YOOTHEME_SKIP_TO_MAIN_CONTENT
Komponen Generik MyCSD | Kepimpinan

Sinergi USM–SUK Pulau Pinang Mantapkan Agenda Kesihatan Mental Sektor Awam

Oleh : Unit Kaunseling BHEPA USM
Foto: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang /
Unit Kaunseling BHEPA USM
Suntingan : Unit Media dan Penerbitan BHEPA
PULAU PINANG, 28 Oktober 2026 – Universiti Sains Malaysia terus memperkukuh komitmennya dalam mempromosikan kesihatan mental menerusi penganjuran bersama Persidangan Psikologi dan Program Hari Terbuka Psikologi dan AKRAB Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 di Pearl Ballroom, Mercure Hotel, Tanjung Bungah kelmarin.

Program yang menyokong SDG 3: Kesihatan demi Kesejahteraan ini merupakan salah satu daripada 10 inisiatif Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan peringkat BHEPA USM hasil kerjasama strategik antara Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pulau Pinang bersama Unit Kaunseling BHEPA dan Unit Perhubungan dan Kesejahteraan Staf, Bahagian Sumber Manusia USM.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Dr. Jafri bin Abdul Jalil, manakala USM diwakili oleh Ketua Pentadbir BHEPA, Puan Siti Aisyah Abdul Raffar yang mewakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni USM dan turut dihadiri Ketua Pegawai Psikologi BHEPA USM Encik Ahmad Anwar Omar serta Encik Mohammad Zafran Mohd Rafa'ai, Pegawai Psikologi BHEPA USM.

Bertemakan “Insan Sejahtera, Bakat Diperkasa ke Arah Keseimbangan Minda dan Kesihatan Era Digital”, program ini memberi tumpuan kepada pengurusan tekanan serta keseimbangan kehidupan mendepani cabaran teknologi.

Program ini diisi dengan sesi Pocket Talk pertama bertajuk “Disconnect to Reconnect: Memahami Digital Fatigue dan Kesejahteraan Minda Era Digital” oleh Prof. Madya Dr. Rahimi Che Aman, Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dan sesi kedua “Reconnect with Your Body: Kembali Pada Diri” oleh Encik Nasrulhaq Mustaqim Mohd Noor, Eksekutif Kaunseling (Pembangunan Kerjaya & Alumni) Unit Kaunseling, KPTM.

Secara keseluruhannya, penganjuran ini membuktikan komitmen berterusan USM dan Pejabat SUK Negeri Pulau Pinang dalam membudayakan persekitaran kerja yang positif, empatik, dan lestari, di samping memperluas jaringan profesional bagi memperkasa modal insan dalam sektor awam.