BERGURU DENGAN ROBERT KIYOSAKI : PERANTIS THE BRICKS ASAH STRATEGI KEWANGAN MASA DEPAN
USM, PULAU PINANG, 2 Mac 2026 — Di sebalik dinding dewan kuliah, graduan hari ini dituntut untuk berfikir lebih jauh. Menyedari kepentingan literasi kewangan sebagai teras keusahawanan, 10 orang pelajar perantis daripada The Bricks (Sektor Keusahawanan dan Inovasi, Pusat Pembangunan Pelajar BHEPA) baru sahaja melangkah setapak ke hadapan dalam dunia ekonomi dengan menyertai ASEAN University Cashflow Challenge 2026 yang berlangsung di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 26 Februari lalu.
Prof. Madya Dr. Hizmawati Madzin, Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan UPM, serta delegasi USM yang diketuai oleh Hajar Zituakmar Mohd Fauzi, Ketua Sektor Keusahawanan dan Inovasi, Pusat Pembangunan Pelajar BHEPA USM melalui penganjuran oleh Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti Malaysia (M@KMUM) ini telah menghimpunkan lebih 200 orang pelajar daripada 20 universiti awam, di mana para pelajar menjalani latihan hands-on permainan Cashflow sebagai persediaan pertandingan ASEAN pada Jun 2026 nanti.
Kehadiran tokoh kewangan antarabangsa, Robert T. Kiyosaki, penulis buku terlaris, Rich Dad Poor Dad juga telah berkongsi pandangan melalui sesi ceramah dan bengkel yang santai tetapi berisi, memberi idea segar tentang literasi kewangan, aliran tunai dan pembinaan aset.
Selari dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 dan komitmen Universiti Sains Malaysia dalam melahirkan graduan berdaya saing yang mampu mencipta nilai serta menyumbang kepada pembangunan negara secara mampan, inisiatif seperti ini mengukuhkan peranan universiti sebagai platform pembelajaran dinamik yang mempersiapkan bakat masa hadapan untuk menghadapi perubahan dan peluang ekonomi global.
Teks/Foto: Visnu, Tahun 2,
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM
Suntingan: Unit Media dan Penerbitan BHEPA
Rangkuman program dan aktiviti yang telah dijalankan oleh warga kerja dan pelajar Universiti Sains Malaysia.