
TAWARAN BIASISWA KEN FOUNDATION 2025
Application deadline: 29 August 2025
-
Malaysian citizen aged between 18–23 years
-
Household income not exceeding RM60,000 per annum
-
Full-time undergraduate student (Bachelor’s degree level)
-
Not currently receiving financial assistance from any other institution/organisation/foundation
-
Enrolled in specific fields of study (please refer to the attached document for details)
Kindly refer to the attached information sheet and application form. All required documents must be completed and submitted directly to KEN Foundation as instructed.
PTPTN, JPA, MARA, KPM
PENGANUGERAHAN HADIAH PINGAT EMAS, HADIAH BUKU & HADIAH KEPUJIAN
Hadiah Pingat Emas, Hadiah Buku dan Hadiah Kepujian diwujudkan dari semasa ke semasa untuk dianugerahkan kepada pelajar Universiti yang memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang di dalam sesuatu tahun pengajian/program pengajian/bidang pengkhususan yang tertentu di samping kriteria lain yang ditetapkan oleh USM.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pihak kami melalui:
📞 Telefon / WhatsApp: 04-653 6136
📧 E-mel:

KEBAJIKAN (BANTUAN KEWANGAN, KEMATIAN & KECEMASAN)
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA), Universiti Sains Malaysia, sentiasa komited dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan pelajar. Sehubungan itu, BHEPA menyediakan saluran bantuan kepada pelajar yang memerlukan, seperti yang dinyatakan dalam poster hebahan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pihak kami melalui:
📞 Telefon / WhatsApp: 04-653 2586
📧 E-mel:
Pelajar yang ingin memohon bantuan tersebut boleh memuat turun dan melengkapkan Borang Permohonan melalui pautan di bawah
INSURANS

OKU
Universiti Sains Malaysia (USM) komited dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang inklusif dan mesra pelajar bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir, termasuk dalam kalangan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU).
Perkhidmatan ini merangkumi sokongan akademik dan bukan akademik, termasuk penyediaan kemudahan fizikal yang mesra OKU, bantuan kewangan, penginapan khas, serta khidmat sokongan emosi dan sosial.
Melalui pendekatan holistik dan berpusatkan pelajar, USM berusaha untuk memperkasa pelajar OKU agar mereka dapat berdikari, menonjolkan potensi diri dan menyumbang secara aktif dalam komuniti kampus serta masyarakat.
Kemudahan ruang peperiksaan khas disediakan kepada pelajar OKU yang memerlukan, selaras dengan garis panduan Mesra OKU yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan dasar inklusif USM.
Antara kemudahan yang disediakan termasuklah:
1) Ruang peperiksaan berasingan dan lebih tenang
2) Tempoh masa tambahan mengikut keperluan
3) Peralatan khas seperti komputer riba & headphone
4) Kehadiran pembaca, pembaca Braille dan pembantu teknikal
5) Susun atur ruang yang mesra pergerakan dan mudah diakses
Kemudahan ini dilaksanakan dengan kerjasama Unit Peperiksaan & Pengijazahan bagi memastikan pelajar OKU dapat menduduki peperiksaan dengan adil tanpa sebarang halangan yang tidak wajar.
USM percaya bahawa setiap pelajar berhak untuk menunjukkan potensi akademik mereka secara maksimum dalam suasana yang menyokong keperluan masing-masing.

487091484 1153220756602550 1425031714351756267 N

487845269 1156887552902537 5308952775918392684 N

488056704 1159209019337057 8147371772464946335 N

488763371 1159209356003690 8451116207575778016 N
