Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti
MISI : HAC secara strategik menuju ke arah peningkatan kualiti perkhidmatan penginapan sejajar dengan matlamat 'Global Village'. USM menyediakan pengalaman pembelajaran terulung dengan suasana kehidupan kampus yang sejahtera.
VISI : Sentiasa menuju ke arah standard antarabangsa dalam menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi dengan keramahan yang tulen kepada pelajar dan staf.
OBJEKTIF : Kami komited dalam menyediakan dan melaksanakan perkhidmatan dengan mengutamakan pengamatan "Not the Usual" mesra pelajar dan staf sebagai penghargaan kepada mereka yang menyumbang secara ikhlas kepada USM.
Aras 1, Bangunan H23, Lorong Cahaya, 11800 USM, Pulau Pinang
Tel : +604-653 4409 | E-mel :
Universiti Sains Malaysia terus memperkukuh komitmen dalam menyediakan akses kepada pilihan makanan yang sihat, berkualiti dan harga berpatutan di seluruh kafeteria kampus, termasuk penawaran menu vegetarian yang pelbagai. Usaha ini selari dengan aspirasi universiti dalam memelihara kebajikan serta memastikan keperluan pemakanan warga kampus, khususnya pelajar, dipenuhi secara menyeluruh, seimbang dan mampan.
Penafian :
Semua imej yang dipaparkan berfungsi sebagai representasi visual semata-mata.
Penyediaan hidangan adalah tertakluk kepada menu semasa, standard operasi kafe, dan ketersediaan bahan.
-
Desasiswa Jaya Lembaran Utama
Lokasi Desasiswa Jaya terletak di Kampus Kejuruteraan, Seri Ampangan, Nibong Tebal. Desasiswa Jaya menyediakan tempat penginapan kepada 1000 orang pelajar dalam dan luar negara. Ia mempunyai 3 blok utama iaitu blok M04 (200 penghuni wanita), blok M05 (200 penghuni lelaki) dan blok M06 (600 penghuni lelaki). Pelbagai kemudahan disediakan untuk keselesaan penghuni disediakan pada harga bilik yang berpatutan selain menawarkan pengisian melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan melalui MPDJ, BHEPP dan pusat pengajian.
-
Desasiswa Nurani merupakan salah satu daripada Desasiswa yang terletak di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia. Desasiswa Nurani terdiri daripada 3 buah blok penginapan yang mana dikenali dengan Blok Putera, Blok Puteri dan Blok B. Desasiswa Nurani menyediakan penempatan untuk pelajar-pelajar pra siswazah dari 3 buah Pengajian yang terdapat di Kampus Kesihatan iaitu Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan. Muatan pelajar adalah seramai 1212 orang pelajar (siswa dan siswi). Pelajar siswa seramai 414 orang ditempatkan di blok Putera.
Desasiswa Murni Nurani