Skip to main content

KEMUDAHAN ORANG KURANG UPAYA DI USM

USM memberi penekanan kepada keperluan Orang Kurang Upaya (OKU) sejak 2008 apabila dipilih menjalani Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX). OKU dianggap sebahagian daripada ‘the bottom billion’ yang menjadi focus APEX USM sebagai sebahagian daripada penekanan kepada Pembangunan Lestari.
Terdapat pendapat ketika ini yang OKU perlu diiktiraf sebagai Orang Kelainan Upaya kerana mereka sewajarnya dilihat dari aspek keupayaan yang berbeza, bukannya kekurangan keupayaan diri.
Kemudahan-kemudahan yang terdapat di USM ialah:
• Kluster OKU yang ditubuhkan sejak 2009
• Pejabat Pengurusan Pelajar OKU di Bahagian Hal-Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA).
• Van OKU
• 52 bilik penginapan khas untuk OKU
• Kemudahan parkir
• Fasiliti Am lain