Skip to main content

MPDR SANTUNI KOMUNITI RENTAN SECARA INTERAKTIF, PERKASAKAN SDG 10,4 DAN STUDENTS FOR SOCIETY

USM PULAU PINANG, 11 Julai 2025 — Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR), Universiti Sains Malaysia (USM) semai keprihatinan kepada golongan rentan melalui penganjuran program Compassion Outreach di bawah bumbung besar program Train to Humanity 7.0 pada 5 Julai 2025 baru-baru ini di Kolej Komuniti Nibong Tebal.

Selaras dengan SDG 10 : Mengurangkan Ketidaksamarataan dan SDG 4 : Pendidikan Berkualiti dalam usaha menggalakkan mahasiswa untuk menerapkan ilmu akademik mereka bagi menangani cabaran masyarakat serta menanam semangat keprihatinan sosial, inisiatif Students for Society yang diperkenalkan di bawah agenda pemerkasaan mahasiswa oleh KPT turut memfokuskan kepada pembangunan komuniti melalui dua teras utama iaitu Khidmat Sosial melalui aktiviti yang menjurus kepada pembangunan ekonomi keluarga dan keusahawanan sosial dan Pendidikan Berkualiti melalui aktiviti motivasi dan pemindahan ilmu,

Program yang dijalankan secara tiga fasa ini berlangsung di SMK Jelutong, SK Tan Sri P. Ramlee dan Kolej Komuniti Nibong Tebal. Setiap fasa menyasarkan pelbagai komuniti sasaran termasuk murid berkeperluan khas, golongan asnaf, anak yatim serta pelajar USM.

Memperlihat usaha murni MPDR terhadap pemerkasaan komuniti melalui pendekatan praktikal yang interaktif, antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti sesi baking, seminar reka bentuk poster menggunakan aplikasi Canva yang dibimbing oleh Dr. Nik Hadiyan Nik Azman, serta bimbingan akademik Bahasa Inggeris menggunakan kit yang disediakan oleh MPDR sendiri di bawah penasihatan Dr. Siti Soraya Lin Abdullah Kamal.

Turut serta dalam program ini ialah pelajar dari Rumah Anak Yatim Pertubuhan Kasih Abadi, Rumah Anak Yatim Kasih Ayah Bonda, serta golongan asnaf daripada kalangan pelajar USM, yang mengikuti bengkel kemahiran kulinari seperti pembuatan Mix Western Platter dan Homemade Chicken Burger with Chicken Fingers di Kolej Komuniti Nibong Tebal.