TPL_YOOTHEME_SKIP_TO_MAIN_CONTENT
Komponen Generik MyCSD | Sukan

Glow Paint Run Semarakkan Penutup Karnival Keusahawanan dan Kerjaya Pulau Pinang 2026

Oleh : Siti Ruhaida Mohamed Radhi, Unit Media dan Penerbitan BHEPA
PULAU PINANG, 25 Oktober 2026 – Glow Paint Run anjuran Sekretariat 3KPP semarakkan penutup Karnival Keusahawanan dan Kerjaya Pulau Pinang 2026 menerusi acara larian sejauh lima kilometer (5 KM) yang berlangsung di The Bricks, Universiti Sains Malaysia.

Program tersebut turut diserikan dengan upacara perasmian malam Glow Paint Run menerusi simbolik menurunkan tanda tangan oleh Profesor Dr. Azizah Omar, Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar, BHEPA USM, bersama-sama Dr. Hazrul Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar BHEPA USM.
Diterajui oleh Pengarah Projek, saudara Pui Wei Xin, program ini turut diserikan dengan aktiviti Accessories Bar dan Canvas Painting pada sebelah pagi hingga tengah hari, di samping gerai jualan dan makanan yang menambah kemeriahan suasana serta menarik kunjungan warga kampus.

Dengan penyertaan hampir 2000 peserta, Glow Paint Run menyatukan komuniti kampus dalam suasana penuh bertenaga sebelum tirai program dilabuhkan dengan persembahan oleh penyanyi baru Naki yang menghiburkan para peserta dan pengunjung.

Penganjuran ini menyerlahkan kreativiti mahasiswa dalam menggabungkan sukan, seni dan keusahawanan melalui sebuah program yang bukan sahaja menghidupkan suasana kampus, malah menggalakkan interaksi serta mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti USM.