![]()
V HACK 2026 LAHIRKAN PENCETUS MASA DEPAN, ANGKAT TEMA “ASEAN : INCLUSIVITY & SUSTAINABILITY IN THE DIGITAL ERA”
USM PULAU PINANG 26 April 2026:- Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengukuhkan peranannya sebagai pusat kecemerlangan bakat digital melalui penganjuran Varsity Hackathon (V HACK) 2026.
Memasuki tahun kelima penganjurannya, acara kemuncak anjuran Persatuan Sains Komputer USM ini mengangkat tema kritis, “ASEAN: Inclusivity & Sustainability in the Digital Era”, sebagai respond kepada keperluan terhadap penyelesaian teknologi mampan di peringkat serantau, berketepatan dengan Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan Negara (AIGE) yang juga menyokong beberapa matlamat United Nations Sustainable Development Goals (SDG).
Berbeza dengan penganjuran konvensional, V HACK 2026 pada kali ini mencabar mahasiswa prasiswazah untuk mengintegrasikan subset kecerdasan buatan (AI) termaju seperti Machine Learning (ML) : untuk analisis data ramalan, Model Context Protocol (MCP) : bagi integrasi data yang lebih lancer dan Agentic AI : pembangunan sistem autonomi yang mampu membuat keputusan berimpak tinggi.
Di bawah kelolaan Tan Chin Qian selaku Pengarah Projek, program yang berlangsung di Dewan Utama Pelajar B, dihadiri sebanyak 19 kumpulan finalis daripada IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Sementara itu, Penasihat Persatuan Sains Komputer, Prof. Madya Dr. Ahmad Sufril Azlan Mohamed menyifatkan penganjuran kali ini sebagai platform penting dalam melahirkan inovator masa depan.
“Idea yang diketengahkan bukan sahaja mencerminkan keupayaan teknikal, malah menunjukkan kesedaran tinggi terhadap impak sosial dan cabaran dunia sebenar.” ujarnya.
V HACK 2026 bukan sekadar pertandingan malah medan pencetus perubahan yang memperkasa inovasi dan menyemai kesedaran kelestarian dalam kalangan mahasiswa. Selari dengan SDG 9: Industri, Inovasi dan Infrastruktur, penganjuran ini menggerakkan teknologi menjadi solusi berimpak tinggi demi masa depan yang lebih mampan dan berdaya saing.