TPL_YOOTHEME_SKIP_TO_MAIN_CONTENT
Kebajikan

Edaran dan Pengaktifan Kad MySiswa RHB Perkasa Transaksi Digital Mahasiswa USM

Oleh : Siti Ruhaida Mohamed Radhi, Unit Media dan Penerbitan BHEPA
USM PULAU PINANG, 15 September 2026 – Edaran dan pengaktifan Kad MySiswa RHB bagi pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Sidang Akademik 2026/2027 memperkasa transaksi digital mahasiswa, khususnya dalam urusan pembayaran harian dan penggunaan transaksi tanpa tunai di kampus.

Proses pengambilan dan pengaktifan kad di Dewan Utama Peperiksaan, USM dilaksanakan secara berjadual mengikut desasiswa menerusi dua sesi, iaitu bermula jam 9.00 pagi dan 2.00 petang bagi memastikan urusan pelajar berjalan lancar serta mengurangkan kesesakan di lokasi pengaktifan.
Sebagai kad pintar pelbagai guna, MySiswa RHB menyediakan kemudahan transaksi tanpa tunai selain pelbagai manfaat dan promosi yang ditawarkan dari semasa ke semasa, sekali gus menyokong pembudayaan transaksi digital yang lebih mudah, pantas dan praktikal dalam kehidupan kampus.

Turut membantu menjayakan kelancaran proses pengedaran Kad MySiswa RHB ialah Puan Siti Meszaida Mohd Ehsan, Ketua Unit Kebajikan BHEPA USM dalam memastikan urusan penerimaan dan pengaktifan kad oleh mahasiswa dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan efisien.

Inisiatif yang turut melibatkan pengaktifan Akaun Celik Madani ini akan diteruskan pada 18 September 2026 di Dewan Utama Peperiksaan.