Skip to main content

CAHYA MATA SPARK 2026 PACU KESIAPSIAGAAN KERJAYA MAHASISWA USM

USM PULAU PINANG, 11 April 2026 – Dalam usaha memperkasa kesiapsiagaan kerjaya mahasiswa melalui pendedahan industri, pembangunan kendiri dan pengukuhan kemahiran insaniah, program Cahya Mata Spark 2026 anjuran Perkumpulan Anak-Anak Sarawak (PERKASA) dengan kolaborasi bersama Sektor Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan, Pusat Pembangunan Pelajar dan kerjasama strategik Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Pembangunan Siswa 1, Kompleks Cahaya Siswa.

Dengan penyertaan kira-kira 50 orang pelajar, program ini memberi pendedahan profesional, penerokaan kendiri serta interaksi langsung bersama pemain industri. Selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia melalui Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia, inisiatif ini menekankan pembentukan graduan holistik, berciri keusahawanan serta seimbang dari segi kemahiran teknikal dan insaniah bagi memenuhi keperluan industri semasa.

Dr. Hazrul Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar BHEPA menegaskan bahawa dalam dunia yang semakin mencabar dan kompetitif, mahasiswa perlu dilengkapi bukan sahaja dengan pengetahuan akademik, tetapi juga kemahiran insaniah, keupayaan berfikir secara kritis serta keyakinan diri yang tinggi.

Turut hadir bersama ialah Encik Farid Shah Mohd Basir, Ketua Pegawai Sumber Manusia Cahya Mata Sarawak Berhad, Profesor Madya Dr. Chua Yong Shen, Penasihat PERKASA USM dan saudari Nur Aidawanie Marzuki, Yang Dipertua PERKASA USM.

Memetik kata-kata Anddyson Anak Inan selaku Pengarah Projek, beliau menyifatkan program ini berjaya menzahirkan kefahaman potensi diri, membina penjenamaan peribadi serta membuka ruang interaksi langsung dengan pemain industri mengenai cabaran dan peluang kerjaya.

“Program seperti ini mampu melahirkan graduan USM yang lebih holistik dan relevan dengan kehendak industri masa kini,” ujarnya.

Teks/Foto: Unit Media dan Penerbitan BHEPA

Rangkuman program dan aktiviti yang telah dijalankan oleh warga kerja dan pelajar Universiti Sains Malaysia.