Pusat Pentadbiran & Kemudahan
- Membantu Timbalan Naib Canselor dalam hal-hal yang berkaitan perlaksanaan dasar dan pentadbiran BHEPA selaras dengan halatuju Universiti dan Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi)
- Merancang, melaksana dan mengawal pengurusan kewangan BHEPA
- Merancang, melaksana dan memantau hal ehwal berkaitan perjawatan, pembangunan staf dan kebajikan staf serta pelajar
- Pengawalan disiplin dan perilaku pelajar berpandu akta dan peraturan yang diluluskan oleh pihak berkuasa universiti dan kerajaan
- Mengawal hal-hal berkaitan dengan kebajikan pelajar yang merangkumi aspek biasiswa, tajaan, pinjaman, insurans, kesihatan, pengagihan zakat dan pengangkutan pelajar
- Mengawal program/ aktiviti yang dilaksanakan oleh MPP/ MPD/ persatuan/ kelab/ sekretariat/ anak negeri dan lain-lain yang seumpamanya
- Menyelia pelaksanaan program-program flagship BHEPA seperti CONVEX
- Mengurusetia Majlis Pemilihan Siswa
- Mengurusetia Pelaksanaan Program Siswa Lestari
- Mengurusetia Mesyuarat Sekretariat Timbalan-timbalan Naib Canselor/ Timbalan Rektor IPTA
- Memberi penasihatan kepada BHEPA kampus-kampus cawangan dalam pelaksanaan dasar BHEPA
- Pemonitoran dalam memastikan KPI BHEPA yang ditetapkan dicapai.
Unit Kemudahan, Biasiswa & Pinjaman
- Kemudahan
Memastikan perkhidmatan bas komuter berjalan dengan lancar dan teratur pada tahap yang optimum dan memuaskan untuk keselesaan warga kampus - Biasiswa & Pinjaman
Menyelaras dan menguruskan hal ehwal penajaan pelajar serta membantu menyelesaikan masalah kewangan pelajar dengan pinjaman sedia ada bagi yang berkeperluan.
Unit Kaunseling
- Unit Kaunseling berpusat dibawah Pentadbiran Pusat, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA). Unit Kaunseling bertanggungjawab menjalankan dan melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan berdasarkan pendekatan kaunseling secara profesional yang merangkumi aspek perkembangan, pencegahan, pemulihan dan intervensi.
- Unit ini juga memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara profesional kepada semua pelajar bagi membantu usaha Universiti melahirkan mahasiswa yang seimbang dari aspek tingkah laku, pemikiran, perasaan, fizikal dan soft skills
- Perkhidmatan kaunseling dan bimbingan adalah berlandaskan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Kod Etika Kaunselor melalui proses menolong secara profesional dalam suasana teraputik, rahsia, selesa serta selamat.
Kompleks Cahaya, Bangunan H24 Aras 1,
11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Tel : +604-653 6000
Unit Kebajikan Pelajar & OKU
- Unit Kebajikan & OKU bertanggungjawab dalam pengurusan Tabung Kebajikan Pelajar. Tabung Kebajikan Pelajar merangkumi pengurusan khairat kematian pelajar, kebajikan pelajar dan pengurusan bantuan wang saku untuk pelajar OKU melalui Kementerian Pengajian Tinggi.
Unit Media dan Dokumentasi
- Merancang, melaksana, menyediakan, mereka bentuk bahan Info Grafik, Poster Hebahan, Banner, Bunting dan keperluan-keperluan lain program /aktiviti yang dirancang oleh BHEPA
- Mengurus, menyelia, menyelenggara sistem ICT, mengemaskini data dan bahan kandungan dalam laman web BHEPA
- Mengurus, menyelia serta menyelenggara sistem sokongan teknikal bagi tujuan dan kegunaan program serta aktiviti BHEPA.
- Mengurus dokumentasi dan pengurusan aset BHEPA serta melakukan semakan berkala ke atas setiap aset BHEPA.
Pusat Pentadbiran
Kompleks Cahaya, Bangunan H20 ,
11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Tel : +604-653 3106/3107
Faks : +604-657 7053
Emel :
Facebook : BHEPA USM