Unit Kebajikan, OKU, Kesihatan, Pinjaman Pelajaran & Anugerah Pingat
Fokus utama Unit Kebajikan, OKU, Kesihatan, Pinjaman Pelajaran & Anugerah Pingat adalah memberikan perkhidmatan kebajikan yang ‘mesra pelajar’ seperti membantu mereka mencapai perkembangan dari segi fizikal, mental, tingkah laku dan psikologi serta sentiasa bertanggungjawab menjaga kebajikan pelajar dari segi kewangan, sokongan moral, dan mengangkat rasa yakin diri di kalangan pelajar seiring hasrat Naib Canselor USM, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed untuk sentiasa cakna dan prihatin kepada pelajar USM terutamanya pelajar kategori B40 dan OKU.