ZIARAH KASIH: BHEPA USM PRIHATIN SISWA
KEDAH, 23 September - Program Ziarah Kasih anjuran BHEPA USM bersama Unit Kebajikan & OKU Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Cik Sheilawanis Abdul Karim, Penolong Pendaftar Kanan sebagai tonggak Ketua Kebajikan BHEPA mengambil langkah proaktif bagi mendekati pelajar yang memerlukan dengan lebih dekat.
Inisiatif Unit Kebajikan & OKU BHEPA turun padang ke rumah-rumah pelajar yang melibatkan pelajar-pelajar B40 di kawasan sekitar negeri Kedah meliputi Kuala Ketil, Pendang dan Alor Setar. Program Ziarah Kasih ini turut diisi dengan sesi menziarahi tiga buah rumah pelajar USM.
Turut hadir Bersama, Puan Fauziah Abdullah, Pegawai Psikologi Kanan, Encik Faiz Aiman, Penolong Pegawai Tadbir BHEPA, Encik Mohamad Khairulnazrin, Unit Kebajikan, OKU & KAMPRI dan staf BHEPA.
Sempat berborak dan bertanya khabar dengan mereka sambil mengukir senyuman lebar di raung wajah dan merapatkan hubungan silaturahim dengan keluarga mereka. Intervensi sokongan psikososial terhadap tingkah laku diberikan sebagai bentuk kemahiran untuk menolong pelajar dan keluarga dalam memberikan suntikan semangat motivasi. Terpancar keriangan di wajah mereka yang saling bertukar cerita.
Fokus utama BHEPA adalah memberikan perkhidmatan kebajikan yang ‘mesra pelajar’ seperti membantu mereka mencapai perkembangan dari segi fizikal, mental, tingkah laku dan psikologi.
#BHEPACare
#WeLead
#UniversitiSainsMalaysia