TNC HEPA Melawat Kampus Kejuruteraan temui MPP
30 Mac 2022 - Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) Profesor Dr. Azlinda Azman mengadakan kunjungan rasmi ke Kampus Kejuruteraan bertemu pegawai-pegawai pengurusan BHEPA dan Majlis Perwakilan Pelajar.
Penolong Pendaftar Kanan Samsuri Musa memberi taklimat tentang pengurusan BHEPA Kampus Kejuruteraan diikuti oleh perbincangan bersama-sama pengurusan BHEPA. "Saya mengharapkan kita semua dapat bekerja sebagai satu pasukan di semua kampus dan berkongsi aspirasi yang sama,"kata Azlinda. Tambah beliau, kita akan sentiasa berhubung dan berkongsi sebarang isu. Kita juga akan membangunkan bakat pelajar dalam kepimpinan, keusahawanan, kesukarelawanan serta seni dan budaya. Beliau kemudiannya bertemu lapan orang pemimpin pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar Kampus Kejuruteraan diketuai oleh Naib Yang Dipertuanya, Farah Zahidah binti Abd Halim.
Profesor Dr. Azlinda kemudian mengadakan pertemuan tertutup dengan MPPUSM. "Antara isu yang dibincangkan bersama bersama Timbalan Naib Canselor ialah pelan universiti dalam menjaga keselamatan pelajar apabila negara memasuki fasa endemic pada 1 April ini.' 'Kami juga berbincang tentang pelan universiti dalam persediaan pelajar sebelum ke industri dari segi fasiliti di pusat-pusat pengajian dalam era Revolusi Industri 4.0 dan Perancangan MPP USM Kampus Kejuruteraan pada semester kedua," kata Farah Zahidah.