Open Registration : BizMaker 2022 "Moving To Mastery"
Page 2 of 2
Page 2 of 2
Pada tahun ini, Persatuan Pengurusan ingin membawa program “BizMaker” dengan tema “Moving to Mastery”. Tujuan tema ini adalah untuk melahirkan mahasiswa/i yang berdaya saing, berinovasi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, dan berupaya untuk menghasilkan suatu idea perniagaan yang baharu dan kreatif agar dapat mendatangkan pelbagai faedah kepada transformasi perniagaan masa depan. Para mahasiswa/i dapat mencungkil bakat melalui pertandingan tersebut supaya dapatmenceburkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
Dalam program ini, Persatuan Pengurusan akan menjemput beberapa orang pengajar dan pengadil yang profesional dan terlatih dari luar untuk mencabar minda dan daya kreativiti para peserta. Para peserta diminta untuk membentangkan idea yang disediakan terlebih dahulu kepada para pengadil. Program ini juga dapat meluaskan perspektif para peserta dalam pelbagai aspek dalam bidang keusahawanan dan perniagaan melalui komen dan interaksi dengan para pengadil. Komen dari pakar-pakar bidang tersebut boleh menjadi bekalan pengetahuan yang berguna untuk para peserta mengaplikasikan dalam bidang perniagaan pada masa depan biarpun selepas pertandingan ini. Pengadil akan menilai prestasi peserta berdasarkan kreativiti, keberkesanan dan kebolehlaksanaan. Pemenang program “BizMaker” akan menerima hadiah dalam bentuk wang atau barangan. Persatuan Pengurusan ditubuhkan pada tahun 1989 dengan moto “Towards Continuous Improvement”.
Persatuan Pengurusan telah menjalankan beberapa aktiviti tahunan seperti Hari Interaksi dan Pendedahan Kerjaya 2020. Oleh sebab pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, terdapat aktiviti tahunan seperti Lawatan Industri telah dibatalkan. Namun begitu, Persatuan Pengurusan tetap memperkenalkan beberapa aktiviti baharu yang menarik untuk menjalinkan hubungan antara mahasiswa/i dan membawa impak positifkepada mahasiswa/i. Ahli-ahli Persatuan Pengurusan menyesuaikan diri dalam norma baharu dan sentiasa bergerak ke arah kemajuan dengan dedikasi dan sumbangan mereka terhadap Persatuan Pengurusan selaras dengan moto persatuan.
Pertandingan ini dibuka kepadasemua pelajar sarjana muda dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia termasuk Universiti Sains Malaysia 50 kumpulan peserta (dianggarkan 4-5 orang peserta sekumpulan) telah disasarkan untuk menyertai program ini. Tujuannya adalah untukmemberikan peluang yang lebih luas kepada mahasiswa/i. Universiti Sains Malaysia pada masa yang sama mahasiswa/i daripada Institusi Pengajian Tinggi lain juga dapat dimanfaatkan. Program “BizMaker” berhasrat utamakan mahasiswa/i yang melanjutkan pelajaranmereka yang berkaitan dengan bidang perniagaan. Walaupun begitu, mahasiswa/i yang bukan mempelajari bidang berkaitan tetapi berminat dalam keusahawanan juga dialu-alukan.