MAKLUMAN BERKENAAN KEPULANGAN PELAJAR KE KAMPUNG HALAMAN/KEDIAMAN KELUARGA SEMPENA CUTI PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI
ISNIN, 25 APRIL 2022
MAKLUMAN BERKENAAN KEPULANGAN PELAJAR KE KAMPUNG HALAMAN/KEDIAMAN KELUARGA SEMPENA CUTI PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI
KAMPUS INDUK
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak universiti tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya pelajar berhasrat untuk pulang ke kampung halaman/kediaman keluarga sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
Pelajar yang akan pulang ke kampung halaman/kediaman keluarga dinasihati untuk membuat ujian saringan kendiri COVID-19 24 jam sebelum memulakan perjalanan balik menggunakan kit ujian kendiri di bawah tanggungan sendiri dan sekiranya pelajar berhasrat untuk kembali semula ke kampus selepas cuti perayaan ini, ujian saringan kendiri COVID-19 perlu dijalankan 24 jam sebelum memulakan perjalanan balik juga menggunakan kit ujian kendiri di bawah tanggungan sendiri. Sekiranya hasil ujian saringan kendiri COVID-19 pelajar didapati positif ataupun pelajar mempunyai gejala walaupun ringan, sila tangguhkan perjalanan untuk kembali ke kampus. Hal ini bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga kampus terpelihara.
Pelajar yang berada di kampus yang akan pulang ke kampung halaman/kediaman keluarga dan berhasrat untuk kembali semula ke kampus, tidak perlu memperbaharu atau mengemas kini Borang A. Bagi pelajar yang tidak lagi akan kembali ke kampus, diminta untuk menyelesaikan yuran penginapan dan memulangkan semula kunci bilik di pejabat desasiswa masing-masing.
Sekembalinya ke kampus, pelajar diminta untuk menjalani isolasi wajib selama 3 hari pertama di bilik masing-masing. Pelajar perlu melakukan ujian saringan kendiri COVID-19 di bawah tanggungan sendiri pada hari ke-3 dan tidak dibenarkan keluar daripada desasiswa sepanjang 3 hari tersebut. Sekiranya pelajar didapati bergejala, sila hubungi Pusat Pengurusan Bencana (Nerve Centre) USM 04-653 2267 ataupun 04-0653 6124 atau emel-
Dalam keseronokan menyambut lebaran, pelajar dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal ketika berada dalam khalayak ramai serta terus mematuhi Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Di kesempatan ini, pihak universiti ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf, zahir & batin.
Sekian, terima kasih.
PROFESOR DR. AZLINDA AZMAN
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni