Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni |  Main Campus

Majlis Penggawa

Desasiswa

KAMPUS INDUK

DESASISWA AMAN DAMAI FAJAR HARAPAN
Desasiswa ini terdiri daripada 8 buah blok asrama tiga tingkat dan 2 buah blok asrama empat tingkat yang boleh menampung seramai 1549 penghuni pada satu masa.Istimewanya, terdapat juga kemudahan penginapan untuk pelajar kurang upaya di blok K01 dan K05.Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan juga menjadi desasiswa rasmi bagi penginapan pelajar yang terlibat dengan keanggotaan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS)

DESASISWA BAKTI PERMAI CAHAYA GEMILANG
Desasiswa Bakti Permai terdiri daripada sebelas buah blok penginapan khusus untuk pelajar Ijazah Tinggi seramai 1078 orang dan 956 untuk pelajar Ijazah Pertama.Disamping itu juga, Desasiswa ini juga menyediakan kemudahan perumahan berbentuk apartment bagi pelajar yang telah berkahwin sebanyak 107 unit apartment.

DESASISWA INDAH KEMBARA
Desasiswa ini terdiri daripada 4 buah blok asrama, dan 2 blok pentadbiran/kafeteria yang boleh menempatkan seramai 916 orang penghuni pada satu-satu masa. Desasiswa Indah Kembara menjadi desasiswa rasmi bagi penempatan Kor Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Darat dan Laut.

DESASISWA RESTU
Desasiswa ini terdiri daripada 2 buah blok penginapan 10 tingkat yang boleh menempatkan seramai 2,166 penghuni pada satu-satu masa. Pejabat pentadbiran Desasiswa Restu terletak di blok M07 yang juga menempatkan kafeteria desasiswa

DESASISWA SAUJANA
Desasiswa ini terdiri daripada 2 buah blok penginapan 10 tingkat yang boleh menempatkan seramai 1764 penghuni pada satu-satu masa. Pejabat pentadbiran Desasiswa Saujana terletak di blok M07 yang juga menempatkan kafeteria desasiswa.

DESASISWA TEKUN
Desasiswa ini terdiri daripada 2 buah blok penginapan 10 tingkat yang boleh menempatkan seramai 2066 penghuni pada satu-satu masa. Pejabat pentadbiran Desasiswa Tekun terletak di blok M09 yang juga menempatkan kafeteria desasiswa.

KAMPUS KEJURUTERAAN

DESASISWA JAYA UTAMA
Lokasi Desasiswa Jaya terletak di Kampus Kejuruteraan, Seri Ampangan, Nibong Tebal.
Desasiswa Jaya menyediakan tempat penginapan kepada 1000 orang pelajar dalam dan luar negara. Ia mempunyai 3 blok utama iaitu blok M04 (200 penghuni wanita), blok M05 (200 penghuni lelaki) dan blok M06 (600 penghuni lelaki). Pelbagai kemudahan disediakan untuk keselesaan penghuni disediakan pada harga bilik yang berpatutan selain menawarkan pengisian melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan melalui MPDJ, BHEPP dan pusat pengajian.

Manakala Desasiswa utama merupakan Pangsapuri Pelajar yang terletak di luar kawasan Kampus Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan iaitu bertempat di Taman Ilmu Nibong Tebal. Ia merupakan Pangsapuri Pelajar yang berkonsepkan seperti apartment dimana mempunyai 84 unit apartment termasuk sebuah unit apartment untuk golongan pelajar orang kurang upaya (OKU). Pangsapuri Pelajar yang berkapasiti 504 orang untuk sesuatu masa menpunyai 7 aras didalamnya yang digunakan untuk menempatkan ke semua pelajar Izajah Sarjana Lanjutan dan Doktor Falsafah dari dalam dan luar Negara.

DESASISWA LEMBARAN
Desasiswa Lembaran mula beroperasi sepenuhnya di Nibong Tebal pada 21 Mei 2001.
Sebelum ini Kampus Kejurutaraan USM terletak di Tronoh, Perak. Desasiswa Lembaran mempunyai 3 buah blok penginapan iaitu SH1, SH2 dan SH3.
Desasiswa ini menyediakan tempat penginapan kepada 1129 orang pelajar. Ia mempunyai 3 blok utama iaitu blok SH1 (200 penghuni wanita), blok SH2 (469 penghuni wanita) dan blok SH3 (460 penghuni lelaki).

KAMPUS KESIHATAN

DESASISWA MURNI
Desasiswa Murni adalah sebuah kolej kediaman atau asrama pelajar bagi Kampus Kesihatan USM. Mula dibina pada tahun 1983 ianya kini mempunyai kapasiti 1555 katil atau dengan 412 daripadanya untuk penghuni lelaki. Desasiswa Murni sekarang mempunyai buah bangunan iaitu DM1, DM2, DM3, DM4, DM5 & DM6.

DESASISWA NURANI
Desasiswa Nurani merupakan salah satu daripada Desasiswa yang terletak di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia. Desasiswa Nurani terdiri daripada 3 buah blok penginapan yang mana dikenali dengan Blok Putera, Blok Puteri dan Blok B.

Desasiswa Nurani menyediakan penempatan untuk pelajar-pelajar pra siswazah dari 3 buah Pengajian yang terdapat di Kampus Kesihatan iaitu Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan. Muatan pelajar adalah seramai 1212 orang pelajar (siswa dan siswi). Pelajar siswa seramai 414 orang ditempatkan di blok Putera. Manakala 798 orang pelajar siswi ditempatkan di blok Puteri dan Blok B. Kewujudan Desasiswa Nurani ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan kediaman yang memiliki persekitaran tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat.

WAKTU PEJABAT
USM KAMPUS INDUK DAN KEJURUTERAAN

ISNIN-KHAMIS :
8.10 am-5.10 pm

JUMAAT :
8.10 am-12.00 pm
2.45 pm-5.10 pm

SABTU/AHAD : TUTUP

WAKTU PEJABAT
USM KAMPUS KESIHATAN

AHAD-KHAMIS :
8.10 am-5.10 pm

JUMAAT/SABTU : TUTUP

BAHAGIAN HAL EHWAL PEMBANGUNAN PELAJAR & ALUMNI,

BANGUNAN H20-H24
LORONG CAHAYA, KOMPLEKS CAHAYA SISWA,
11800 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Tel: +604-653 3107 / +604-653 3106
Faks: +604-657 3761 / +604-657 7053
Emel Pej.: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |  icon admin
Laman Web: https://hepa.usm.my

BAHAGIAN HAL EHWAL PEMBANGUNAN PELAJAR & ALUMNI,

KAMPUS KESIHATAN,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
16150 KUBANG KERIAN, KELANTAN, MALAYSIA

Tel: +609-767 1300 / +609-767 1323
Faks: +609-767 1331 / +609-767 1320
Emel Pej.: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web: http://www.kk.usm.my/bhepa/

BAHAGIAN HAL EHWAL PEMBANGUNAN PELAJAR & ALUMNI,

KAMPUS KEJURUTERAAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
14300 NIBONG TEBAL, PULAU PINANG, MALAYSIA

Tel: +604-599 5550
Faks: +604-599 6920

Emel Pej.: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web: http://hepa.eng.usm.my