Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni |  Main Campus

TNC HEPA Melawat Kampus Kejuruteraan temui MPP

30 Mac 2022 - Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) Profesor Dr. Azlinda Azman mengadakan kunjungan rasmi ke Kampus Kejuruteraan bertemu pegawai-pegawai pengurusan BHEPA dan Majlis Perwakilan Pelajar.

Penolong Pendaftar Kanan Samsuri Musa memberi taklimat tentang pengurusan BHEPA Kampus Kejuruteraan diikuti oleh perbincangan bersama-sama pengurusan BHEPA. "Saya mengharapkan kita semua dapat bekerja sebagai satu pasukan di semua kampus dan berkongsi aspirasi yang sama,"kata Azlinda. Tambah beliau, kita akan sentiasa berhubung dan berkongsi sebarang isu. Kita juga akan membangunkan bakat pelajar dalam kepimpinan, keusahawanan, kesukarelawanan serta seni dan budaya. Beliau kemudiannya bertemu lapan orang pemimpin pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar Kampus Kejuruteraan diketuai oleh Naib Yang Dipertuanya, Farah Zahidah binti Abd Halim.

Profesor Dr. Azlinda kemudian mengadakan pertemuan tertutup dengan MPPUSM. "Antara isu yang dibincangkan bersama bersama Timbalan Naib Canselor ialah pelan universiti dalam menjaga keselamatan pelajar apabila negara memasuki fasa endemic pada 1 April ini.' 'Kami juga berbincang tentang pelan universiti dalam persediaan pelajar sebelum ke industri dari segi fasiliti di pusat-pusat pengajian dalam era Revolusi Industri 4.0 dan Perancangan MPP USM Kampus Kejuruteraan pada semester kedua," kata Farah Zahidah.

WAKTU PEJABAT
USM KAMPUS INDUK DAN KEJURUTERAAN

ISNIN-KHAMIS :
8.10 am-5.10 pm
JUMAAT : 
8.10 am-12.00 pm / 2.45 pm-5.10 pm
SABTU/AHAD : TUTUP

WAKTU PEJABAT
USM KAMPUS KESIHATAN

AHAD-KHAMIS :
8.10 am-5.10 pm
JUMAAT/SABTU : TUTUP
BAHAGIAN HAL EHWAL PEMBANGUNAN PELAJAR & ALUMNI,

BANGUNAN H20-H24 
LORONG CAHAYA, KOMPLEKS CAHAYA SISWA, 11800 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Tel: +604-653 3107 / 3106
Faks: +604-657 3761 / 7053
Emel Pej.: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

BAHAGIAN HAL EHWAL PEMBANGUNAN PELAJAR & ALUMNI,

KAMPUS KESIHATAN,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 16150 KUBANG KERIAN, KELANTAN, MALAYSIA

Tel: +609-767 1300 / 1323
Faks: +609-767 1331 / 1320
Emel Pej.: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web: http://www.kk.usm.my/bhepa/
BAHAGIAN HAL EHWAL PEMBANGUNAN PELAJAR & ALUMNI,

KAMPUS KEJURUTERAAN,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 14300 NIBONG TEBAL, PULAU PINANG, MALAYSIA

Tel: +604-599 5550
Faks: +604-599 6920
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web: 
http://hepa.eng.usm.my

Penafian : 

Universiti Sains Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Hakcipta Terpelihara 

Universiti Sains Malaysia © 2024
Dibangunkan oleh PPKT@USM

010882
Today: 70
This Week: 435
This Month: 235
Total: 10,882