Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni |  Main Campus

  • Home
  • MEDIA
  • Berita
  • MAKLUMAN BERKENAAN KEPULANGAN PELAJAR KE KAMPUNG HALAMAN/KEDIAMAN KELUARGA SEMPENA CUTI PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI

MAKLUMAN BERKENAAN KEPULANGAN PELAJAR KE KAMPUNG HALAMAN/KEDIAMAN KELUARGA SEMPENA CUTI PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI

 Logo USMAPEX V1

 

ISNIN, 25 APRIL 2022

 

MAKLUMAN BERKENAAN KEPULANGAN PELAJAR KE KAMPUNG HALAMAN/KEDIAMAN KELUARGA SEMPENA CUTI PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI

KAMPUS INDUK

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak universiti tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya pelajar berhasrat untuk pulang ke kampung halaman/kediaman keluarga sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Pelajar yang akan pulang ke kampung halaman/kediaman keluarga dinasihati untuk membuat ujian saringan kendiri COVID-19 24 jam sebelum memulakan perjalanan balik menggunakan kit ujian kendiri di bawah tanggungan sendiri dan sekiranya pelajar berhasrat untuk kembali semula ke kampus selepas cuti perayaan ini, ujian saringan kendiri COVID-19 perlu dijalankan 24 jam sebelum memulakan perjalanan balik juga menggunakan kit ujian kendiri di bawah tanggungan sendiri. Sekiranya hasil ujian saringan kendiri COVID-19 pelajar didapati positif ataupun pelajar mempunyai gejala walaupun ringan, sila tangguhkan perjalanan untuk kembali ke kampus. Hal ini bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga kampus terpelihara.

Pelajar yang berada di kampus yang akan pulang ke kampung halaman/kediaman keluarga dan berhasrat untuk kembali semula ke kampus, tidak perlu memperbaharu atau mengemas kini Borang A. Bagi pelajar yang tidak lagi akan kembali ke kampus, diminta untuk menyelesaikan yuran penginapan dan memulangkan semula kunci bilik di pejabat desasiswa masing-masing.

Sekembalinya ke kampus, pelajar diminta untuk menjalani isolasi wajib selama 3 hari pertama di bilik masing-masing. Pelajar perlu melakukan ujian saringan kendiri COVID-19 di bawah tanggungan sendiri pada hari ke-3 dan tidak dibenarkan keluar daripada desasiswa sepanjang 3 hari tersebut. Sekiranya pelajar didapati bergejala, sila hubungi Pusat Pengurusan Bencana (Nerve Centre) USM 04-653 2267 ataupun 04-0653 6124 atau emel- This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Dalam keseronokan menyambut lebaran, pelajar dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal ketika berada dalam khalayak ramai serta terus mematuhi Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Di kesempatan ini, pihak universiti ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf, zahir & batin.

Sekian, terima kasih.



PROFESOR DR. AZLINDA AZMAN

Timbalan Naib Canselor

Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni

 
 

 

 

WAKTU PEJABAT
USM KAMPUS INDUK DAN KEJURUTERAAN

ISNIN-KHAMIS :
8.10 am-5.10 pm
JUMAAT : 
8.10 am-12.00 pm / 2.45 pm-5.10 pm
SABTU/AHAD : TUTUP

WAKTU PEJABAT
USM KAMPUS KESIHATAN

AHAD-KHAMIS :
8.10 am-5.10 pm
JUMAAT/SABTU : TUTUP
BAHAGIAN HAL EHWAL PEMBANGUNAN PELAJAR & ALUMNI,

BANGUNAN H20-H24 
LORONG CAHAYA, KOMPLEKS CAHAYA SISWA, 11800 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Tel: +604-653 3107 / 3106
Faks: +604-657 3761 / 7053
Emel Pej.: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

BAHAGIAN HAL EHWAL PEMBANGUNAN PELAJAR & ALUMNI,

KAMPUS KESIHATAN,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 16150 KUBANG KERIAN, KELANTAN, MALAYSIA

Tel: +609-767 1300 / 1323
Faks: +609-767 1331 / 1320
Emel Pej.: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web: http://www.kk.usm.my/bhepa/
BAHAGIAN HAL EHWAL PEMBANGUNAN PELAJAR & ALUMNI,

KAMPUS KEJURUTERAAN,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 14300 NIBONG TEBAL, PULAU PINANG, MALAYSIA

Tel: +604-599 5550
Faks: +604-599 6920
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web: 
http://hepa.eng.usm.my

Penafian : 

Universiti Sains Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Hakcipta Terpelihara 

Universiti Sains Malaysia © 2024
Dibangunkan oleh PPKT@USM

010998
Today: 48
This Week: 551
This Month: 351
Total: 10,998