MyGUIDE
Sistem MyGUIDE@USM adalah satu kaedah baru yang membolehkan perhubungan menolong berlaku secara cepat dan berkesan melalui medium atas talian. Perkhidmatan ini bukan bermaksud untuk menggantikan sesi intervensi secara bersemuka, tetapi berguna sebagai sumber alternatif selain datang ke pejabat kaunseling dan mendaftar secara konvensional.
Sistem MyGUIDE@USM pelajar menyediakan peluang untuk membincangkan dilema yang dihadapi bersama Kaunselor profesional bagi mendapatkan bimbingan, konsultasi, maklum balas dan sokongan.