• bannerMPP

  • sukan4

  • sukan3

Utama

   

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis ungkap selamat datang
Bertitip Bismillah pembuka bicara

 

 

Assalamu'alaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera diucapkan kepada semua. Alhamdulillah, ke hadrat Allah SWT jua kita panjatkan kesyukuran kerana diizinkan dan diberikan peluang untuk bertamu di sini.

Mewakili warga kerja, saya mengalu-alukan para pengunjung ke laman web ini untuk berkongsi maklumat, maklumbalas dan mendapatkan sebarang informasi yang diperlukan dari masa ke semasa.

Universiti Sains Malaysia, dalam perjalanan panjang menggapai kecemerlangan, kini telah menjangkau usia 50 tahun. Begitu banyak catatan pahit manis telah dipahat dalam lipatan sejarah universiti ini, semuanya atas nama pembangunan akademik dan sahsiah pelajar serta transformasi manusiawi untuk masa depan yang lebih baik. BHEPA turut memikul amanah dan tanggungjawab tersebut, mengambil tempat dan peranan yang berat, dan sentiasa komited menjayakan setiap visi dan misi universiti. Inilah iltizam kami di sini. Komitmen semua kakitangan BHEPA sentiasa tinggi dalam kami memberikan didikan, dorongan serta bimbingan terbaik kepada para pelanggan kami khususnya mahasiswa-mahasiswi USM dalam usaha membentuk graduan yang berkualiti dalam segenap aspek dan sahsiah diri.

Kami di BHEPA percaya bahawa mahasiswa ialah khazanah negara yang amat berharga. Mereka hadir dengan set bakat dan kebolehan yang unik, tersendiri dan bermanfaat kepada masyarakat dan negara. Khazanah ini perlu diteroka, dijana dan ditransformasikan, kepimpinan dan kemahiran-kemahiran insani, agar kemudiannya dapat dikembalikan kepada masyarakat sebagai produk bernilai tinggi dan dihormati. Justeru gunakanlah, manfaatkanlah, seoptimum mungkin, daripada segala peluang yang dinikmasi dan dimilik sepanjang berada di bumi ilmu ini untuk merekayasa potensi dan nilai diri yang terbaik.

Pintu BHEPA sentiasa terbuka untuk membantu anda. Jadikanlah input dan maklumat yang disediakan di laman web ini sebagai rujukan dalam sebarang urusan yang berkaitan dengan perancangan aktiviti atau pembangunan diri masing-masing. Keupayaan saudara-saudari menyesuaikan diri dan menggembleng segala sumber serta kepakaran secara kreatif akan memacu hasrat penghasilan graduan seperti yang disasarkan oleh university. Akhir kata, berusahalah untuk memajukan diri masing-masing kerana di USM, segalanya sudah tersedia untuk anda. Selamat Maju Jaya!

Sekian, terima kasih.

PROFESOR DATO’ DR. ADNAN HUSSEIN
Timbalan Naib Canselor 
Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni
Universiti Sains Malaysia

Berita & Informasi

BANTUAN ZAKAT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

BANTUAN ZAKAT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

KRITERIA PERMOHONAN ZAKAT Syarat-syarat umum bantuan 1. Beragama Islam2. Warganegara Malaysia3. Pelajar berdaftar Universiti Sains Malaysia4. Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak (biasiswa atau tajaan)5. Pelajar Ijazah Pertama - Sarjana...

Tawaran Biasiswa Mohamed Hussain Yusuf (MHY) 2017

Tawaran Biasiswa Mohamed Hussain Yusuf (MHY) 2017

MUAT TURUN BORANG DI SINI TARIKH TUTUP : 2 OKTOBER 2017    

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sidang Akademik 2017/2018

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sidang Akademik 2017/2018

Dengan ini dimaklumkan bahawa bagi maksud memilih wakil-wakil ke Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia untuk Sidang Akademik 2017/2018, satu (1) Pemilihan Pelajar Universiti Sains Malaysia akan diadakan. Berhubung dengan...

BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN (BPTAR)

BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN (BPTAR)

BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN (BPTAR) BPTAR ini dikhususkan untuk pelajar yang berlatarbelakang keluarga miskin bagi menampung kos sara hidup untuk dua (2) semester (10 bulan sahaja) semasa mengikuti pengajian...

Biasiswa Yusof Taiyoob 2017

Biasiswa Yusof Taiyoob 2017

Tarikh Tutup : 30 September 2017 Download Form HERE  

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.10 am-5.10 pm

Jumaat:
8.10am -12.00pm
2.45pm-5.10 pm
Sabtu/Ahad: Tutup

KAMPUS CAWANGAN

  • Kejuruteraan

    BHEPA Kampus Kejuruteraan
    Nibong Tebal,
    Pulau Pinang

    Kesihatan

    BHEPA Kampus Kesihatan
    Kelantan

LOKASI BHEPA

Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni
H20-H24 Kompleks Cahaya
11800 USM
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang


 

Jaringan