KEMUDAHAN ORANG KURANG UPAYA DI USM
USM memberi penekanan kepada keperluan Orang Kurang Upaya (OKU) sejak 2008 apabila dipilih menjalani Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX). OKU dianggap sebahagian daripada ‘the bottom billion’ yang menjadi focus APEX USM sebagai sebahagian daripada penekanan kepada Pembangunan Lestari.
Terdapat pendapat ketika ini yang OKU perlu diiktiraf sebagai Orang Kelainan Upaya kerana mereka sewajarnya dilihat dari aspek keupayaan yang berbeza, bukannya kekurangan keupayaan diri.
Namun begitu, istilah USM juga akur kepada keperluan menggunakan istilah Orang Kurang Upaya yang digunakan secara sah dalam Akta 685, Undang-undang Malaysia iaitu Akta Orang Kurang Upaya 2008.seperti dinyatakan dalam dalam Dasar OKU USM..
Kemudahan-kemudahan yang terdapat di USM ialah:
• Kluster OKU yang ditubuhkan sejak 2009
• Pejabat Pengurusan Pelajar OKU di Bahagian Hal-Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA).
• Van OKU
• 52 bilik penginapan khas untuk OKU
• Kemudahan parkir
• Fasiliti Am lain
Di bawah BHEPA juga terdapat beberapa pertubuhan pelajar yang mendedikasikan usahanya kepada OKU iaitu Sekretariat Insan Istimewa USM (SISWA) (https://www.facebook.com/siswausm/),Kelab Penyayang serta Ahli Majlis Perwakilan Pelajar USM (MPPUSM) turut memainkan peranan membantu siswa-siswi OKU USM..
Pejabat Pengurusan Pelajar OKU BHEPA
Pejabat yang terletak di Bangunan H23 BHEPA ini (pada masa ini beroperasi dari H20) mempunyai pegawai dan staf yang bertugas untuk menbantu apa jua masalah dan isu yang berkaitan dengan OKU. Malah, pejabat ini juga menyekaraskan keperluan kenderaan OKU dan kenderaan lain yang perlu untuk mengambil dan menghantar pelajar OKU ke kuliah, hospital dan sebagainya. Pejabat ini juga membantu mendapatkan sukarekawan bagi membantu mana-mana pelajar OKU misalnya yang OKU penglihatan atau pelajar cerebral palsy yang memerlukan bantuan dari semasa ke semasa.
Pejabat ini boleh dihubungi melalui talian 04 6533291/5827/58224598