Unit Hal Ehwal Persatuan & Kelab

BHEPA bertanggungjawab sepenuhnya dalam  menguruskan kesemua perancangan aktiviti tahunan Persatuan Anak Negeri ,Persatuan Akademik, Persatuan Agama dan Persatuan Seni Mempertahankan Diri dan juga memastikan segala Persatuan dan Kelab dalam USM menjalakan aktiviti  mengikut undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak melanggar peraturan dan polisi Universiti.

BHEPA juga memantau segala aktiviti Persatuan dan Kelab pelajar dan terlibat secara tidak langsung dalam aktiviti tersebut.

BHEPA senantiasa memikul tanggungjawab dalam menyemak kertas kerja bagi setiap permohonan projek oleh setiap Persatuan dan Kelab bagi mendapat kelulusan secra rasmi.

BHEPA juga bertindak sebagai penasihat kepada semua Persatuan dan Kelab pelajar dalam USM untuk setiap aktiviti atau program yang akan dilaksanakan.

PENGURUSAN HADIAH ANUGERAH UNIVERSITI UNTUK MAJLIS KONVOKESYEN USM

BHEPA menjadi sekretariat dalam menyediakan keperluan utama bagi Hadiah Pingat Emas/Canselor, Hadiah Buku, Hadiah Kepujian dan Hadiah Pingat bagi Majlis Raja-Raja Melayu serta bertanggungjawab mendapatkan maklumat dari setiap Pusat Pengajian dalam USM bagi setiap pencalonan untuk kategori anugerah.

BHEPA juga memastikan maklumat terkini tentang status kewangan daripada pihak Bendahari USM berkenaan dengan penajaan bagi kesemua pingat-pingat penaja untuk semua Pusat- Pusat Pengajian di USM.

BHEPA adalah bertanggungjawab untuk memastikan semua pingat-pingat bagi setiap kategori adalah betul dan mendapat kelulusan Senat Universiti dan  memastikan segala perancangan tentang pengurusan pingat- pingat dilakukan dengan teratur,teliti dan sistematik.

BHEPA senantiasa memastikan ke semua pingat-pingat dalam keadaan selamat dan BHEPA bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjaga amanah dan segala  kerahsiaan anugerah.

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.10 am-5.10 pm

Jumaat:
8.10am -12.00pm
2.45pm-5.10 pm
Sabtu/Ahad: Tutup

KAMPUS CAWANGAN

  • Kejuruteraan

    BHEPA Kampus Kejuruteraan
    Nibong Tebal,
    Pulau Pinang

    Kesihatan

    BHEPA Kampus Kesihatan
    Kelantan

LOKASI BHEPA

Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni
H20-H24 Kompleks Cahaya
11800 USM
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang


 

Jaringan