Unit Biasiswa & Pinjaman

1.            UNIT BIASISWA DAN PINJAMAN

Visi

Mengurangkan permasalahan kewangan/ pinjaman pengajian untuk kesejahteraan dan kecemerlangan pelajar.

Misi

Mengenalpasti dan menambah bilangan penaja daripada sector kerajaan dan korporat dan mendekatkan maklumat bantuan kewangan kepada pelajar.

Objektif

  • Menjana pelbagai sumber dana sebagai alternative bantuan kewangan pelajar
  • Mengeratkan jalinan penaja sedia ada
  • Mencapai sasaran 95% pelajar baru berdaftar berpenaja
  • Meningkatkan pentadbiran penajaan pelajar melalui perancangan dan pengurusan berkualiti
  • Mengurangkan birokrasi pengurusan penajaan pelajar
  • Mempermudah dan mempelbagaikan sumber hebahan maklumat

Fungsi Utama

  • Menyelaras dan menguruskan hal ehwal penajaan pelajar
  • Membantu menyelesaikan masalah kewangan pelajar dengan pinjaman sedia ada bagi yang berkeperluan.
  • Memberi maklumat berkaitan penajaan dan bantuan kewangan

Perkhidmatan yang disediakan:

1.     Pengurusan Pinjaman PTPTN

2.     Pengurusan Tajaan/ Pinjaman Biasiswa JPA

3.     Tabung Pinjaman Pelajar

  • Tabung Pinjaman Sementara Pelajar Baru (PSPB)
  • Tabung Pinjaman Jangka Pendek
  • Tabung Pinjaman Jangka Panjang 

4.     Biasiswa Agensi Luar Kerajaan/ Swasta (Toray/ Samsung/ Lotte/ Kerajaan Negeri dan lain-lain)

5.     Menghubungkan dan membantu keperluan pelajar dan penaja

6.     Tabung Insurans Berkelompok

Hebahan Maklumat

-Hebahan Bantuan Kewangan akan diberikan kepada semua pelajar yang baru mendaftar (Sepenuh Masa & PPJJ)

-Maklumat bantuan kewangan boleh didapati di laman web rasmi BHEPA (Unit Biasiswa & Pinjaman) serta hebahan-hebahan terkini penajaan/ pinjaman di facebook BHEPA Biasiswa dan Pinjaman 2 : https://www.facebook.com/biasiswadanpinjaman/?ref=br_rs

-Sebarang maklumat penajaan akan dihebahkan melalui emel kepada semua Dekan Pusat Pengajian, Penggawa dan juga paparan di papan notis desasiswa bagi ketiga-tiga kampus.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pinjaman Sementara Pelajar Baharu (Sepenuh Masa) (PSPB)

Pinjaman sementara kepada pelajar baru sepenuh masa yang berdaftar (hanya pada semester pertama) adalah salah satu inisiatif Universiti untuk membantu pelajar baru berdaftar Universiti ini pada setiap kemasukan Sidang Akademik baru.
Tujuan utama perlaksanaan adalah memberi bantuan kewangan segera secara tunai dan tuntutan boleh dibuat di kaunter pembayaran Jabatan Bendahari.
Jumlah maksimum pinjaman adalah sehingga RM500 dan bantuan ini adalah bersifat sementara sebelum pelajar mendapat pembiayaan atau pinjaman pengajian daripada pihak penaja.

  1. Kaedah Permohonan & Kelulusan Pinjaman
    Permohonan boleh dilakukan hanya pada semester pertama. Borang  yang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada Unit Tajaan. Borang permohonan yang diterima akan disemak oleh Unit Tajaan untuk dipertimbangkan kelulusan permohonan.
     
  2. Kaedah Bayaran Pinjaman
    Borang pinjaman yang diluluskan perlulah dikemukakan ke kaunter bayaran Jabatan Bendahari pada hari dan waktu bekerja untuk mengutip bayaran tunai.
     
  3. Kaedah Bayaran Balik
    Pemotongan terus bagi jumlah pinjaman akan dilakukan oleh pihak Jabatan Bendahari daripada akaun pelajar apabila penaja membuat bayaran pinjaman pelajar melalui Jabatan Bendahari. Pembayaran terus oleh pelajar ke Jabatan Bendahari adalah perlu bagi kes bayaran pinjaman pelajar yang dikreditkan terus ke akaun pelajar.

Muat Turun Borang PSPB

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pinjaman Jangka Pendek

Pinjaman ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mempunyai penaja. Pinjaman adalah bersifat sementara, iaitu bayaran balik perlu dilunaskan dalam tempoh 4 bulan atau selewat-lewatnya pada awal semester berikutnya.

Tujuan pinjaman adalah untuk membantu pelajar dari segi kewangan. Kesemua pinjaman ini mesti dibayar balik sebelum pelajar berijazah.

Terma dan syarat permohonan adalah seperti berikut :

  1. Pelajar berstatus aktif
  2. Warganegara Malaysia
  3. Mempunyai penaja
  4. Bukan pelajar tahun akhir

Kaedah Permohonan & Kelulusan Pinjaman

Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali semasa  cuti semester. Borang Permohonan Pinjaman Jangka Pendek yang telah lengkap diisi perlu dikemukakan kepada Unit Biasiswa & Pinjaman. Maklumat pelajar dalam borang permohonan akan disahkan dan diperakukan oleh Unit Biasiswa & Pinjaman. Borang yang lengkap akan diproses pada setiap hari Rabu dan proses pembayaran akan mengambil masa 14 hari bekerja. Borang yang lengkap akan dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kecil Tabung Pinjaman Pelajar untuk kelulusan. 

Kaedah Bayaran Pinjaman

Permohonan yang diluluskan beserta dokumen sokongan akan dikemukakan kepada Jabatan Bendahari untuk bayaran terus ke akaun bank peminjam (pelajar)

Kaedah Bayaran Balik

Peminjam/ pelajar diberi tempoh sehingga 4 bulan untuk membuat bayaran dari tarikh pinjaman. Pihak Universiti melalui Jabatan Bendahari akan membuat potongan terus daripada pinjaman penajaan yang diterima bagi jumlah pinjaman yang dibuat terus dari akaun peminjam/pelajar.

Borang Permohonan 

1. Pelajar perlu mengisi satu borang permohonan

2. Borang permohonan perlu dilampirkan dengan maklumat berikut:

Satu salinan kad pengenalan pelajar
Satu salinan kad matrik pelajar
Satu salinan maklumat akaun bank
Satu salinan cetakan transkrip (keputusan peperiksaan) terkini
Satu salinan penyata yuran terkini dari My-Account


3. Hanya borang yang lengkap serta dokumen sokongan yang lengkap sahaja akan diproses.

PERHATIAN:

1.        BORANG YANG LENGKAP AKAN DIPROSES PADA SETIAP HARI RABU.

2.        PROSES PERMOHONAN MENGAMBIL MASA 14 HARI BEKERJA.

Muat Turun Borang Pinjaman Jangka Pendek

------------------------------------------------------------------------------------------

Pinjaman Jangka Panjang

Pinjaman Jangka Panjang dibiayai oleh sama ada pihak individu, swasta dan Universiti. Kesemua penaja di bawah seliaan Universiti ini dikelolai oleh sebuah Jawatankuasa Tabung Pinjaman Pelajar yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni.
 

Tabung Pinjaman Pelajar ini dikenali sebagai Tabung Pinjaman Jangka Panjang dan permohonan pinjaman dibuka pada setiap penghujung semester dan ditutup selepas semester dibuka. Keutamaan diberikan kepada pelajar sedia ada mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. 

Syarat-syarat permohonan Pinjaman Jangka Panjang :

  • Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa 
  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar berstatus aktif (tidak menangguh/CDK)
  • Masalah tertahan pinjaman penaja (PTPTN/JPA DLL)
  • Masalah Penajaan Lain

Muat Turun : 

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.10 am-5.10 pm

Jumaat:
8.10am -12.00pm
2.45pm-5.10 pm
Sabtu/Ahad: Tutup

KAMPUS CAWANGAN

  • Kejuruteraan

    BHEPA Kampus Kejuruteraan
    Nibong Tebal,
    Pulau Pinang

    Kesihatan

    BHEPA Kampus Kesihatan
    Kelantan

LOKASI BHEPA

Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni
H20-H24 Kompleks Cahaya
11800 USM
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang


 

Jaringan