PENGINAPAN - IJAZAH TINGGI

1. DASAR PEMILIHAN DAN PENEMPATAN DESASISWA (PELAJAR IJAZAH TINGGI)

a. Dasar Penginapan Pelajar Ijazah Tinggi untuk permohonan Bilik Desasiswa Dan Rumah Keluarga adalah seperti berikut;

  • Tawaran adalah berdasarkan kekosongan tempat yang ada di desasiswa.
  • Konsep ‘first come first serve basis’.
  • Semua pemohonan mestilah dibuat melalui UPPU.
  • Surat tawaran akan dikeluarkan oleh UPPU.
  • Semua peraturan yang perlu dipatuhi akan dimasukkan dalam surat tawaran.
  • Semasa memohon, pelajar perlu mengemukakan surat tawaran dari IPS dan kad Matrik.

b. Sekiranya pelajar belum mendapat surat tawaran dari IPS, kadar sewa bukan pelajar akan dikenakan sehingga surat tawaran diperolehi (Bilik Desasiswa).

c. Tempoh tawaran adalah setahun sahaja dan boleh dilanjut atau ditamatkan mengikut cadangan pihak Desasiswa.

i. Perlanjutan penginapan adalah bagi kes tertentu sahaja.

• bergantung kepada kekosongan
• bayaran sewa selama tempoh penginapan yang telah ditetapkan
• tiada kes disiplin
• Status pengajian masih aktif

ii. Pelajar perlu membayar cagaran, sewa dan Yuran Aktiviti di Jabatan Bendahari sebelum menerima kunci dari pihak desasiswa.

Muat Turun Borang Permohonan Penginapan Bujang (Tetap) 

Muat Turun Borang Permohonan Penginapan Bujang (Sementara) 

* Kriteria Tambahan Bagi Rumah Keluarga (Mengikut Keutamaan)

a. Suami dan isteri adalah pelajar Ijazah Tinggi, atau Suami / isteri (salah seorang) adalah pelajar Ijazah Tinggi.

b. Suami & isteri perlu tinggal bersama (sertakan visa suami /isteri dari IPS).

c. Ibu /bapa tunggal yang anaknya tinggal bersama.

d. Mempunyai sumber kewangan yang tetap –biasiswa, tajaan, gaji dan lain-lain.

e. Jenis Penginapan bergantung kepada bilangan anak :

• 1 – 2 org : unit kediaman 1 bilik
• 3 - 5 org : unit kediaman 2 bilik

f. Permohonan adalah untuk kali pertama sahaja.

Muat Turun Borang Permohonan Rumah Keluarga 

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.10 am-5.10 pm

Jumaat:
8.10am -12.00pm
2.45pm-5.10 pm
Sabtu/Ahad: Tutup

KAMPUS CAWANGAN

  • Kejuruteraan

    BHEPA Kampus Kejuruteraan
    Nibong Tebal,
    Pulau Pinang

    Kesihatan

    BHEPA Kampus Kesihatan
    Kelantan

LOKASI BHEPA

Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni
H20-H24 Kompleks Cahaya
11800 USM
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang


 

Jaringan