Fungsi dan Tugas

FUNGSI DAN TUGAS

PUSAT PERUMAHAN DAN PENGINAPAN UNIVERSITI (P3U)

1. HAL EHWAL PENEMPATAN DAN PENGINAPAN

    • Merancang penempatan dan mengawasi urusan- urusan berkaitan dengan pendaftaran penginapan pelajar baru dan lama samada pelajar Diploma, Ijazah dan Ijazah Tinggi sepanjang tempoh pengajian dan semasa cuti semester;
    • Merancang dan meluluskan permohonan penginapan/ sewaan asrama oleh organisasi luar;
    • Merancang dan menguruskan kediaman rumah pegawai desasiswa;
    • Merancang dan meluluskan urusan rumah Transit dan Rumah Keluarga;
    • Melaksana dasar-dasar yang berkaitan dengan Penginapan.

2. HAL EHWAL PERKHIDMATAN DAN PENYELENGGARAAN

    • Menguruskan hal ehwal kantin/ kafeteria dan premis perniagaan yang diletakkan di bawah bidang kuasa Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni. Ini termasuk menjadi setiausaha Jawatankuasa Dasar, urusan surat-menyurat, mesyuarat, sebutharga, temuduga dan Laporan pemeriksaan Kantin;
    • Menguruskan urusan Perkhidmatan Pencucian Bangunan (desasiswa);
    • Memantau dan merangka penyelenggaraan bangunan penginapan dan kediaman;
    • Merangka dan merancang pembangunan infrastruktur dan kemudahan yang berkaitan dengan bangunan penginapan dan kediaman.

3. HAL EHWAL KEWANGAN DAN PERBELANJAAN

    • Merancang dan menguruskan perbelanjaan perabot dan peralatan untuk kegunaan bangunan penginapan dan kediaman;
    • Menyelaras pengurusan kewangan bagi P3U dan desasiswa meliputi penyediaan belanjawan tahunan dan one-off, pembelian aset dan perabut, menyediakan bajet perjawatan, kontrak pencucian dan kewangan Tabung Pusat Desasiswa;
    • Menyediakan laporan bulanan kewangan Desasiswa dan P3U (Penggunaan Tabung Pusat Desasiswa).

4. HAL EHWAL PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

    • Mengurus dan mentadbir pentadbiran unit dan hal berkaitan dengan kakitangan Desasiswa dan P3U;
    • Menyediakan laporan bulanan dan tahunan yang berkaitan dengan penginapan;
    • Menguruskan Sasaran Kerja Tahunan (SKT), Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPPT) dan Anugerah Pekerja Cemerlang (APC);
    • Penyelaras tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan serta merancang dasar-dasar pengurusan pentadbiran desasiswa.
    • Merancang pembangunan prasarana dan kemudahan kediaman;
    • Memantau pengurusan perlantikan dan hal-hal yang berkaitan dengan Pegawai Desasiswa

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.10 am-5.10 pm

Jumaat:
8.10am -12.00pm
2.45pm-5.10 pm
Sabtu/Ahad: Tutup

KAMPUS CAWANGAN

  • Kejuruteraan

    BHEPA Kampus Kejuruteraan
    Nibong Tebal,
    Pulau Pinang

    Kesihatan

    BHEPA Kampus Kesihatan
    Kelantan

LOKASI BHEPA

Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni
H20-H24 Kompleks Cahaya
11800 USM
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang


 

Jaringan