• Banner TTNCA

  • bannerMPP

  • sukan4

  • sukan3

Utama

   

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis ungkap selamat datang
Bertitip Bismillah pembuka bicara

 

 

Assalamu'alaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera diucapkan kepada semua. Alhamdulillah, ke hadrat Allah SWT jua kita panjatkan kesyukuran kerana diizinkan dan diberikan peluang untuk bertamu di sini.

Mewakili warga kerja, saya mengalu-alukan para pengunjung ke laman web ini untuk berkongsi maklumat, maklumbalas dan mendapatkan sebarang informasi yang diperlukan dari masa ke semasa.

Universiti Sains Malaysia, dalam perjalanan panjang menggapai kecemerlangan, kini telah menjangkau usia 50 tahun. Begitu banyak catatan pahit manis telah dipahat dalam lipatan sejarah universiti ini, semuanya atas nama pembangunan akademik dan sahsiah pelajar serta transformasi manusiawi untuk masa depan yang lebih baik. BHEPA turut memikul amanah dan tanggungjawab tersebut, mengambil tempat dan peranan yang berat, dan sentiasa komited menjayakan setiap visi dan misi universiti. Inilah iltizam kami di sini. Komitmen semua kakitangan BHEPA sentiasa tinggi dalam kami memberikan didikan, dorongan serta bimbingan terbaik kepada para pelanggan kami khususnya mahasiswa-mahasiswi USM dalam usaha membentuk graduan yang berkualiti dalam segenap aspek dan sahsiah diri.

Kami di BHEPA percaya bahawa mahasiswa ialah khazanah negara yang amat berharga. Mereka hadir dengan set bakat dan kebolehan yang unik, tersendiri dan bermanfaat kepada masyarakat dan negara. Khazanah ini perlu diteroka, dijana dan ditransformasikan, kepimpinan dan kemahiran-kemahiran insani, agar kemudiannya dapat dikembalikan kepada masyarakat sebagai produk bernilai tinggi dan dihormati. Justeru gunakanlah, manfaatkanlah, seoptimum mungkin, daripada segala peluang yang dinikmasi dan dimilik sepanjang berada di bumi ilmu ini untuk merekayasa potensi dan nilai diri yang terbaik.

Pintu BHEPA sentiasa terbuka untuk membantu anda. Jadikanlah input dan maklumat yang disediakan di laman web ini sebagai rujukan dalam sebarang urusan yang berkaitan dengan perancangan aktiviti atau pembangunan diri masing-masing. Keupayaan saudara-saudari menyesuaikan diri dan menggembleng segala sumber serta kepakaran secara kreatif akan memacu hasrat penghasilan graduan seperti yang disasarkan oleh university. Akhir kata, berusahalah untuk memajukan diri masing-masing kerana di USM, segalanya sudah tersedia untuk anda. Selamat Maju Jaya!

Sekian, terima kasih.

PROFESOR DATO’ DR. ADNAN HUSSEIN
Timbalan Naib Canselor 
Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni
Universiti Sains Malaysia

Berita & Informasi

PERMOHONAN UNTUK BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) DI PORTAL BANK RAKYAT

PERMOHONAN UNTUK BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) DI PORTAL BANK RAKYAT

HEBAHAN ---------------- PERMOHONAN UNTUK BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) DI PORTAL BANK RAKYAT (Kelayakan pelajar aktif sehingga 31 Disember 2017 sahaja) Semakan nama pelajar layak: Undergraduate: Semakan Nama Pelajar Postgraduate:...

NOTIS MESYUARAT DEWAN PERUNDINGAN PELAJAR

NOTIS MESYUARAT  DEWAN PERUNDINGAN PELAJAR

NOTIS MESYUARAT DEWAN PERUNDINGAN PELAJAR SIRI 2, SIDANG AKADEMIK 2017/2018 Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Dewan Perundingan Pelajar Siri 2, Sidang Akademik 2017/2018 akan diadakan seperti ketetapan berikut :                         Tarikh...

MIDF EDUCATION ASSISTANCE PROGRAMME 2018

MIDF EDUCATION ASSISTANCE PROGRAMME 2018

To apply, please download the application form at www.midf.com.my. The completed application form must be submitted to the following email or office address on or before 8th April 2018. For...

2018 PANASONIC SCHOLARSHIP

2018 PANASONIC SCHOLARSHIP

  Application form can be downloaded at http://hepa.usm.my/index.php/ms/pentadbir-4/category/5-unit-biasiswa-pinjaman# Closing Date : 15 Jun 2018  

GEORGE KENT TERTIARY EDUCATION SCHOLARSHIP 2018

GEORGE KENT TERTIARY EDUCATION SCHOLARSHIP 2018

Degree Courses Sponsored  • Civil Engineering• Mechanical Engineering• Electrical & Electronics Engineering• Quantity Surveying• Accounting & Finance Application form can be downloaded at http://www.georgekent.net/scholarship/ Closing date : 30 March 2018

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.10 am-5.10 pm

Jumaat:
8.10am -12.00pm
2.45pm-5.10 pm
Sabtu/Ahad: Tutup

KAMPUS CAWANGAN

  • Kejuruteraan

    BHEPA Kampus Kejuruteraan
    Nibong Tebal,
    Pulau Pinang

    Kesihatan

    BHEPA Kampus Kesihatan
    Kelantan

LOKASI BHEPA

Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni
H20-H24 Kompleks Cahaya
11800 USM
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang


 

Jaringan