PENCARIAN SEKRETARIAT PEMBIMBING PROGRAM SISWA LESTARI (PPSL) KAMPUS INDUK SIDANG AKADEMIK 2023/2024
[PENCARIAN SEKRETARIAT PEMBIMBING PROGRAM SISWA LESTARI (PPSL) KAMPUS INDUK SIDANG AKADEMIK 2023/2024]
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Permohonan sebagai Sekretariat Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL) Kampus Induk bagi kemasukan pelajar baharu Sidang Akademik 2023/2024 telah dibuka untuk semua pelajar USM yang berkelayakan.
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-
1. Mahasiswa/i USM sepenuh masa yang sedang mengikuti Ijazah Pertama, Sarjana dan Doktor Falsafah.
2. Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya PNGK 2.50.
3. Berpengetahuan luas tentang USM.
4. Bersedia untuk pulang ke Kampus USM sekiranya dipilih dan diperlukan.
Bagi yang berminat, boleh mengisi google form melalui imbasan Kod QR yang tertera pada poster yang dilampirkan atau klik pada pautan di bawah, dan memuat turun borang permohonan PPSL di laman web rasmi BHEPA USM. Temuduga akan dijalankan sepenuhnya secara bersemuka.
Pautan google form:
https://rb.gy/5gdxv
Pautan borang permohonan PPSL (perlu dimuat naik dalam google form):
https://rb.gy/y1o42
Selamat maju jaya!
“Bersedia untuk Tidak Bersedia”
Jawatankuasa Urusetia
Pembimbing Program Siswa Lestari
Universiti Sains Malaysia 2023/2024