Skip to main content

Selamat Datang ke Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni. Bahagian ini diwujudkan sebagai perantaraan bagi menguruskan dan melincinkan aktiviti pelajar seperti urusan kediaman, bantuan kebajikan, kaunseling dan kerjaya, aktiviti kokurikulum, pembangunan bakat pelajar berteraskan H.E.B.A.T. dalam memacu agenda pemerkasaan mahasiswa/i. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan kelancaran program anjuran BHEPA dan pelajar yang bertindak sebagai ejen pengubah untuk membolehkan potensi mahasiswa/i digembeleng dan diperkasa dalam merancang dan melaksanakan program yang berimpak tinggi agar mahasiswa/i mampu bergerak sendiri dan berdikari dengan sokongan dan penyeliaan paling minimum serta bersesuaian dengan situasi semasa dan komuniti setempat selari dengan aspirasi universiti yang membawa slogan KAMI MEMIMPIN.